• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RCI Tidak Beri Kesan Kes Saman Pemula, Kata Sangeet

oleh
25/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEGUAM Sangeet Kaur Deo akan meneliti kandungan afidavit balasan daripada Ketua Hakim Negara sama ada tuntutan dalam saman pemula yang difailkannya akan bersifat akademik berikutan pengumuman Kerajaan berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan dakwaan salah laku Badan Kehakiman.

Sangeet, anak bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, memfailkan saman pemula terhadap Ketua Hakim Negara berhubung dakwaan campur tangan terbuka Badan Kehakiman dalam keputusan kes Akta Hasutan Karpal Singh dan kes penukaran agama tiga kanak-kanak beragama Hindu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh pemberita berkenaan penubuhan RCI bagi menyiasat dakwaan salah laku Badan Kehakiman sama ada ia akan memberi kesan terhadap kes samannya.

Katanya RCI dan saman pemula yang difailkannya adalah dua perkara berbeza dan secara peribadinya beliau berpendapat ia tidak memberi kesan terhadap kes samannya.

“Pada pengurusan kes yang akan datang iaitu 13 Mac ini, kami akan memaklumkan kepada mahkamah mengenai kedudukan perundangan berhubung perkembangan terbaru membabitkan penubuhan RCI,” katanya kepada pemberita selepas prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Firuz Jaffril di Kuala Lumpur hari ini yang turut dihadiri peguam kanan persekutuan, S Narkunavathy yang mewakili responden iaitu Ketua Hakim Negara.

Terdahulu dalam prosiding berkenaan, hakim itu turut menegur dan menasihatkan pihak-pihak yang terlibat dalam kes itu agar tidak menyebarkan dokumen yang belum diserahkan kepada pemohon atau responden dan mahkamah.

Isu itu timbul rentetan afidavit sokongan yang diikrarkan Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer bagi menyokong saman pemula difailkan Sangeet tular di media sosial.

Sangeet yang tidak mengetahui bagaimana dokumen itu boleh tersebar memaklumkan bahawa pihaknya hanya menerima arahan untuk memfailkan afidavit balasan hari ini.

Oleh itu hakim menasihatkan pihak-pihak agar mengikut prosedur biasa yang telah ditetapkan mahkamah dalam serahan dokumen bagi mengelak insiden sama berulang.

Pada 14 Januari lepas, Sangeet memfailkan saman pemula itu bagi memohon perintah deklarasi bahawa Ketua Hakim Negara gagal dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Badan Kehakiman Malaysia untuk mempertahankan integriti dan kewibawaan badan kehakiman apabila gagal menyempurnakan siasatan dalaman berhubung keputusan rayuan membabitkan kes hasutan mendiang Karpal Singh dan kes guru tadika, M. Indira Gandhi.

Sangeet mendakwa isu itu timbul apabila peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan rayuan dalam kes Akta Hasutan mendiang Karpal Singh telah diubah akibat campur tangan kehakiman oleh seorang hakim kanan dan perkara itu dilaporkan oleh portal berita dalam talian, Free Malaysia Today pada 22 Ogos 2018.

Peguam itu turut mendakwa terdapat campur tangan kehakiman dalam kes Indira Gandhi dan perkara itu diumumkan secara terbuka oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer dalam ucapan beliau di Persidangan Undang-undang Antarabangsa pada 16 Ogos 2018. – BERNAMA

Tags: Hamid Sultan Abu BackerRCI
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendakwaan Kemuka Rayuan Penangguhan Kes Najib

Next Post

Kerajaan Mahu Kurang Belanja, Tangguh Projek Mega

Related Posts

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

SUHAKAM Tuntut Penubuhan Segera RCI Siasat GISBH

11/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menuntut penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi...

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Kebenaran Dr Mahathir Supaya RCI Dibuka Kepada Orang Awam

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Kebenaran Dr Mahathir Supaya RCI Dibuka Kepada Orang Awam

12/06/2024
1

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah supaya prosiding...

Next Post

Kerajaan Mahu Kurang Belanja, Tangguh Projek Mega

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd