• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Akan Cabar Dasar Minyak Sawit EU

oleh
01/02/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Indonesia mahu mencabar dasar Kesatuan Eropah (EU) mengenai tenaga boleh diperbaharui di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dengan berhujah rancangan mengehadkan penggunaan tanaman yang menyebabkan pemusnahan hutan tidak adil kepada minyak sawit, menurut pegawai kanan negara itu.

Negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia itu turut mengkaji semula hubungannya dengan EU berikutan isu terbabit dan menggesa negara Asia Tenggara lain menangguhkan rancangan untuk meningkatkan hubungan dengan EU, kata staf khas di kementerian luar Indonesia, Mahendra Siregar.

Ketetapan EU itu yang dinamakan sebagai ‘RED II’ bertujuan menghentikan penggunaan tanaman yang menyebabkan pemusnahan hutan untuk bahan bakar pengangkutan, menjelang 2030.

Banyak aktivis alam sekitar menyalahkan peningkatan meluas ladang sawit di Indonesia yang menyaksikan kawasan hutan meluas dibersihkan sehingga menjejaskan habitat harimau terancam, orang utan dan gajah.

Cabaran Indonesia terhadap dasar itu akan meningkatkan usaha melindungi jualan negara terbabit ke pasaran minyak sawit kedua terbesar dunia. Difahamkan, EU mewakili kira-kira 15 peratus keseluruhan eksport minyak sawit Indonesia yang bernilai lebih AS$15 bilion (RM61.33 bilion), tahun lalu.

Siregar berkata, minyak sawit akan dilabelkan sebagai ‘tanaman berisiko tinggi’ untuk menunjukkan potensi pemusnahan hutan akibat produk itu, ia adalah sebahagian dasar RED II yang akan diterbitkan, awal bulan depan.

Indonesia akan mencabar dasar RED II dan pelaksanaannya di badan timbang tara WTO, selepas dasar itu dilaksanakan, katanya.

Badan WTO itu boleh mengarahkan mana-mana negara ahli membatalkan sebarang sekatan perdagangan, jika mendapati dasar terbabit melanggar peraturan perdagangan bebas. – Reuters

Tags: EUminyak sawit
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Gaza Berada Dalam Situasi Malapetaka Genosid’ – PM Sepanyol Desak EU Serta-merta Gantung Perjanjian Kerjasama Dengan Israel

‘Gaza Berada Dalam Situasi Malapetaka Genosid’ – PM Sepanyol Desak EU Serta-merta Gantung Perjanjian Kerjasama Dengan Israel

27/06/2025
0

GAZA CITY: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, semalam muncul pemimpin Eropah paling utama yang menggambarkan situasi di Gaza sebagai 'genosid',...

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd