• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ecoworld London Meterai Janji Niaga Bina & Sewa Bernilai RM2.1 Bilion

oleh Cj Mnh
03/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha sama 70 peratus milik Eco World International Bhd (EcoWorld International), EcoWorld London, akan menyewakan dan menguruskan lebih 10,000 rumah bina dan sewa (BtR) di London sebagai sebahagian janji niaga bernilai £389 juta (RM2.1 bilion) dengan Invesco Real Estate.

Dalam kenyataan hari ini, EcoWorld International berkata Invesco akan membeli kediaman tersebut yang merangkumi keseluruhan komponen BtR iaitu Kew Bridge di Barat London dan Barking Wharf di Timur London.

“Pembelian tersebut adalah berasaskan persetujuan membeli pembangunan lengkap sebelum atau semasa fasa pembinaan yang membolehkan EcoWorld London meraih pulangan kira-kira £66 juta daripada kos tanahnya sejurus pertukaran kontrak.

“Pembayaran tambahan bagi kerja pembinaan peringkat seterusnya terikat kepada penyiapan kerja-kerja asas bagi setiap seksyen, yang dijangka bermula enam bulan daripada pertukaran tersebut dengan kos baki pembinaan dibiayai Invesco Real Estate bagi pihak pelanggannya sebagai kemajuan kerja,” katanya.

Pangsapuri tersebut akan dibangunkan secara khusus untuk penyewaan jangka masa panjang bagi pihak satu daripada pelanggan akaun berasingan antarabangsa Invesco.

Ketua Eksekutif EcoWorld London Heng Leong Cheong berkata syarikat tersebut melihat ketidakpadanan ketara antara rumah diperlukan warga London denga kediaman sedia ada di pasaran, terutama rumah yang dapat memenuhi demografi sewaan secara khusus.

“Ketika ini setiap syarikat BtR terkemuka di London memiliki kurang daripada 5,000 rumah di bawah pengurusan. Melalui EcoWorld London, kami berhasrat mendapatkan lebih 10,000 kediaman bagi lima tahun akan datang dan menjadi peneraju pasaran BtR.

“Kami akan melakukannya melalui penubuhan syarikat operasi baharu yang menumpukan sepenuhnya kepada rumah sewa, diketuai pasukan berpengalaman kami,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ecoworldjanji niaga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kementerian, Agensi Kerajaan Terbabit Promosi Eksport Perlu Kurangkan Birokrasi

Next Post

MCA Diminta Segera Tinggalkan BN

Related Posts

EcoWorld Beli Tanah RM211 Juta Di Kulai

EcoWorld Beli Tanah RM211 Juta Di Kulai

06/09/2023
0

KUALA LUMPUR: Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan IOI Prima Property Sdn Bhd untuk...

Next Post

MCA Diminta Segera Tinggalkan BN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd