• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1 Maut, 5 Cedera Kemalangan Bas Ekspres & Lori Di Seremban

oleh Cj Mnh
07/12/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dua puluh penumpang sebuah bas ekspres berhadapan detik mencemaskan selepas bas yang dinaiki dari Singapura menuju Genting Highlands, Pahang terlibat dalam kemalangan.

Kemalangan yang berlaku pada 11.53 pagi di Kilometer (KM) 269 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Bandar Ainsdale dekat sini mengakibatkan seorang maut manakala lima lagi cedera selepas bas yang dinaiki melanggar belakang sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh yang mengesahkan kejadian tersebut berkata mangsa yang maut merupakan seorang wanita warga Singapura berusia 27 tahun.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah lori satu tan tanpa muatan telah mengalami kerosakan dan terhenti di lorong ketiga lebuh raya. Bagaimanapun, bas jenama Transtar yang membawa 20 penumpang, tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang lori tersebut.

“Pelanggaran telah menyebabkan lori terbabit terbabas ke bahu kanan jalan manakala bas tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan berhenti di lorong kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Thiew berkata akibat daripada pelanggaran tersebut telah menyebabkan wanita berkenaan tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis ketika dihubungi berkata lima yang cedera ialah tiga penumpang serta pemandu bas berkenaan dan seorang kelindan lori.

“Dalam kejadian itu, pemandu bas tersepit di bahagian pemandu manakala terdapat seorang wanita tercampak keluar ke atas jalan raya dari tingkat dua bas berkenaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Selain itu, 15 penumpang lain terselamat termasuklah pemandu lori berkenaan yang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini, hari ini.

Norazam berkata pihaknya tiba di tempat kejadian pada 12.12 tengah hari bersama 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Seremban dan Senawang.

Katanya, mangsa yang maut dan kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini bagi bedah siasat dan rawatan lanjut. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Kecewakan Saya & Negara – Kata PM

Next Post

Harga Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi

Related Posts

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

23/05/2025
0

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

23/05/2025
0

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam...

Next Post

Harga Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd