Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Gantung Tugas Pemandu Cuai...

KUANTAN - Rapid Kuantan menggantung tugas seorang pemandu bas syarikat itu untuk bantu...

Unta Di Iran Ada...

TEHERAN - Gara-gara peningkatan jumlah insiden unta terlibat dalam kemalangan jalan raya di...

Suspek Bakar Quran Di...

Semalam heboh perihal penemuan keratan al-quran yang terbakar di tokong berdekatan Pasar Besar,...

Laporan 1MDB Tidak Pernah...

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata tiada...

Pokok Kolaborasi Mantap U-Wei, Johan Jaaffar

KUALA LUMPUR – ‘Karya yang bagus adalah sebuah karya yang berfikir’.

Pesanan yang ditinggalkan arwah isteri mendorong pengarah terkenal, U-Wei Shaari menyahut cabaran mengarahkan teater Pokok iaitu naskhah tulisan tokoh korporat, wartawan dan sasterawan, Tan Sri Johan Jaaffar.

Mengumumkan projek terbarunya itu, U-Wei memberitahu, tulisan Johan yang disifatkannya cukup baik, menarik perhatian beliau untuk mengangkat naskhah terbabit ke pentas teater.

“Apabila saya baca naskhah tulisan Johan ini, saya bertanya kepada diri saya sendiri, pasti ada sesuatu terhadap karya itu kerana Johan sudah lama tidak menulis.

“Perkara itulah yang menimbulkan rasa ingin tahu dalam diri ini. Usai membaca karya itu, saya dapati ia sangat menarik untuk dipentaskan.

“Penceritaannya sangat licin. Dari segi permukaannya memang nampak mudah, tetapi isi kandungannya ada banyak lapisan yang membuatkan saya rasa sangat tercabar.

“Ditambah dengan pesanan isteri yang menyifatkan karya yang bagus itu memerlukan banyak berfikir membuatkan saya rasa perlu untuk mengarahkan teater ini,” katanya kepada BH Online.

U-Wei ditemui pada sidang media Teater Perdana Dewan Bahasa & Pustaka (DBP), Pokok di Sanggar Tun Sri Lanang, Menara DBP di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Abang Salehuddin Abg Shokeran, Johan, wakil penaja dan barisan pelakon seperti Haliza Misbun, Ebby Saiful, Buyong Zasdar dan Rahim Jailani.

U-Wei berkata, beliau tidak perlu melakukan apa yang dikatakan gimik untuk menarik perhatian ramai kepada teater itu.

“Gimik atau apa saja yang berkaitan, itu bukan amalan saya.

“Saya juga tak akan bermain dengan gimik sebagai satu cara untuk mempromosikan naskhah ini.

“Bagi saya, barisan pelakon yang hebat, lokasi teater ini dipentaskan dan adanya syarikat korporat untuk menaja teater ini, semua itu sudah cukup untuk membuat teater ini sensasi,” katanya.

Sementara itu, Johan berkata, Pokok dihasilkan berdasarkan kisah seorang wanita yang pernah ditemuinya, suatu ketika dahulu.

“Sekitar 1990-an, saya ada berjumpa dengan seorang wanita ini. Dia bekerja sebagai pelayan bar.

“Saya dapat tahu dia juga seorang bekas banduan. Kisah hidupnya yang menarik itu membuatkan saya terdetik untuk menjadikannya sumber inspirasi untuk mewujudkan watak Mardiah.


“Mardiah yang sedang hamil, adalah seorang bekas banduan yang berjiwa cekal. Semangat wanita itu tadi saya pinjam untuk diserapkan dalam karakter Mardiah.

“Bagaimanapun, saya selitkan juga unsur fiksyen di dalamnya untuk disesuaikan dengan jalan cerita,” katanya.

Info

* Teater Pokok bakal dipentaskan di Auditorium DBP mulai 7 hingga 16 Disember depan.

* Slot pementasan adalah pada 8.30 malam selain empat persembahan siang (matinee) jam 3 petang pada tarikh

8,9,15 dan 16 Disember.

* Harga tiket adalah RM50 bagi tempat duduk aras bawah dan RM30 kerusi aras atas. Tiket sudah boleh didapati di

laman airasiaredtix.com

Sinopsis

Teater Pokok terbitan Balang Rimbun Sdn Bhd mengisahkan pasangan suami isteri, Darwis lakonan Ebby Saiful yang kudung sebelah kakinya dan Mardiah (Haliza) yang sedang sarat mengandung.

Mereka tinggal di sebuah rumah kecil di pinggir hutan. Rumah mereka itu dipayungi pokok raksasa yang bukan sahaja melindungi, sebaliknya mengancam keselamatan mereka.

Ini menjadi metafora kehidupan mereka yang dikelilingi manusia seperti Tuk Kaya (Rahim Jailani), iaitu tuan tanah tempat mereka tinggal.

Lelaki itu juga seorang pelindung dan menjadi punca kegelisahan Mardiah. – BH Online

Kategori