Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Bayi Dilahirkan Tanpa Mata,...

ARIZONA – Ketika Richie dilahirkan, jururawat di sebuah hospital menyangka bayi lelaki itu tidak...

Bersih 4.0 Jejas Persiapan...

KUALA LUMPUR - Persiapan akhir sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka terjejas...

‘Minat Elfira Loy Tidak...

KUALA LUMPUR - Pernah berlakon sama dalam drama Kelas 601 untuk siaran Astro...

APMM Tahan Bot Nelayan...

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim (DM) 3 Lumut menahan...

Cadang Penagih Dadah Serah Diri Tak Disenarai Dalam Rekod Jenayah

MELAKA – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mencadangkan agar penagih dadah termasuk golongan remaja yang menyerah diri untuk menjalani proses pemulihan tidak akan disenaraikan dalam rekod jenayah berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah ( Dasar) AADK Dr Sabri Zainudin Zainul berkata inisiatif berkenaan bertujuan menggalakkan lebih ramai penagih dadah mendapatkan rawatan sekaligus sebagai pencegahan awal melepaskan diri mereka daripada belenggu dadah.

Beliau berkata ia juga memberi peluang kedua dan melindungi penagih dadah khususnya remaja agar masa hadapan merema tidak terjejas dengan rekod berkenaan.

“Cadangan ini akan diusulkan Ketua Pengarah AADK kepada kerajaan dalam masa terdekat selepas dibincangkan di peringkat jawatankuasa peringkat daerah negeri.

“Kita menggalakkan golongan ini terutama remaja atau pelajar sekolah untuk menyerah diri bukan untuk dihukum tetapi dibantu agar bebas dari belenggu dadah,” katanya ketika ditemui pada Program Kayuhan Perdana Perangi Dadah Habis-habisan anjuran AADK di sini, hari ini.

Program kayuhan berkenaan disertai kira-kira 680 orang hampir meliputi laluan sepanjang 25 kilometer bermula di Stadium Hang Jebat dan pelepasan peserta disempurnakan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.

Mengulas lanjut, Sabri berkata sebanyak 605 kes penagihan gam direkodkan sejak Jan hingga Okt lepas dan kebanyakan mereka adalah golongan remaja termasuk pelajar sekolah.

Beliau berkata kebanyakan pelajar sekolah terdedah dengan aktiviti penagihan gam bermula dengan perbuatan menghidu pemadam getah selain terpengaruh dengan rakan sebaya, sikap ingin mencuba dan tiada jati diri yang tinggi dalam diri mereka.


“Tiadanya akta khas bagi mengambil tindakan terhadap individu menyalahguna atau menghidu gam turut menjadi faktor kegiatan itu sukar dibendung. AADK berharap kepada kerajaan mewujudkan akta khusus bagi menangani penyalahgunaan bahan sedutan atau inhalan termasuk gam,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Sambutan Bulan Antidadah akan dilaksanakan selama sebulan di setiap negeri bermula tahun hadapan.

Katanya sambutan berkenaan dijangka dilancarkan pada Feb tahun hadapan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk AADK, Jabatan Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia di setiap negeri.

“Ia bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan membanteras aktiviti dadah dan memastikan keberkesanan program yang dilaksanakan mencapai sasarkan kerana sebelum ini sambutan berkenana dilakukan sehari sahaja,” katanya. – BERNAMA

Kategori