• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

214 Barang Kes Kebakaran Ittifaqiyah Diserah

oleh Cj Mnh
30/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Sebanyak 214 barang kes dalam tragedi kebakaran yang menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tahun lalu dikemukakan di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Ketua Unit Siasatan Anti Pemerdagangan Orang/Penyeludupan Migran (D7C) Bukit Aman DSP Khairil Idzwan Ahmad, 42, berkata antara barang kes yang dikemukakan adalah spesimen tulang, air kencing serta darah mangsa. Turut dikemukakan spesimen darah waris mangsa.

“Saya telah menerima kesemua barang kes itu dan semuanya berada dalam keadaan baik kerana tiada apa-apa pindaan oleh saya ke atas spesimen-spesimen tersebut,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz pada prosiding perbicaraan kes itu hari ini.

Dua remaja lelaki yang ketika itu berumur 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 Sept 2017.

Kedua-dua mereka, masing-masing menghadapi 23 pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Khairil Idzwan yang ketika kejadian merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju berkata selain spesimen tersebut, beliau turut menerima cebisan barangan peribadi mangsa termasuk jam, cincin dan pakaian.

Pendakwaan turut dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Haijan Omar.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 29 Jan tahun depan. – BERNAMA

Tags: barang keskebakaran pusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Micron Tingkat P.Pinang Sebagai Pulau Silikon Asia

Next Post

Blogger Muat Naik Gambar Palsu Najib Dilepas Bebas

Related Posts

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan Rakaman CCTV – Saksi

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak membuat penyuntingan rakaman pergerakan dua tertuduh...

Kes Bakar Pusat Tahfiz: Lebih 50 Saksi Akan Dipanggil

11/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan akan memanggil lebih 50 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes dua remaja yang didakwa...

Next Post

Blogger Muat Naik Gambar Palsu Najib Dilepas Bebas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd