• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Rasmi Projek Pembangunan Rumah Impian Bangsa Johor Di Mersing

oleh Cj Mnh
22/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERSING — Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan merasmikan majlis pecah tanah projek pembangunan Rumah Impian Bangsa Johor Mersing di Kampung Sri Pantai di sini, hari ini.

Projek yang meliputi 1,000 unit rumah pelbagai kategori termasuk rumah teres setingkat, rumah teres dua tingkat, rumah berkembar, rumah banglo dan rumah kedai itu akan dibina di kawasan tanah seluas 142 ekar yang dikurniakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Projek itu yang diumumkan dalam Facebook rasmi TMJ, HRH Crown Prince of Johor itu, turut menyatakan projek berkenaan akan memiliki kemudahan asas seperti Kompleks Bangsa Johor, sebuah motel, surau, balai raya dan tadika selain akan siap dalam tempoh 24 bulan dari sekarang.

Tunku Ismail turut menyampaikan pesanan kepada pemaju serta pegawai-pegawai yang terlibat dalam projek itu yang baginda mahu proses pemilihan terhadap rumah-rumah itu, dilakukan secara adil kepada semua rakyat bagi memastikan projek tersebut benar-benar dapat membantu mereka yang memerlukan.

Selain itu, baginda berharap agar projek dapat dijalankan dengan sempurna selari dengan visi Sultan Ibrahim sendiri.

“Visi tanpa pelaksanaan hanyalah halusinasi,” titah baginda.

Sementara itu, Pegawai Daerah Mersing Asman Shah Abd Rahman yang ditemui media berkata permohonan terhadap pembelian unit-unit rumah itu boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman web Yayasan Sultan Ibrahim.

“Sebenarnya projek ini di bawah naungan yayasan berkenaan dan dibangunkan berikutan keprihatinan Sultan Johor terhadap keperluan rakyat daerah Mersing yang sangat-sangat memerlukan rumah mampu milik.

“Saya selaku pegawai daerah menjunjung setinggi kasih atas pembangunan ini kerana setakat yang saya tahu, tidak ada lagi pembangunan seumpama ini di sini,” kata Asman.

Semalam, dalam kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook rasmi Tunku Ismail, baginda bertitah rumah teres setingkat atau dua tingkat akan dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

Harga rumah teres setingkat bermula daripada RM70,000 sementara teres dua tingkat akan dijual di bawah RM200,000.

Bagi melayakkan pemohon untuk membeli rumah mampu milik berkenaan, mereka mestilah seorang bangsa Johor yang berpendapatan isi rumah bawah RM5,000.

Antara kriteria lain termasuk pemohon juga bukanlah anak sulung atau anak tunggal dan tidak pernah memiliki hartanah sebelum ini. – BERNAMA

Tags: projek pembangunanTMJ
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

DOSH Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Tanah Runtuh Paya Terubong

Next Post

Kira-Kira 21,300 Kes Jenayah Komersil Libat Kerugian RM4.2b

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

02/04/2025
1

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta'zim (JDT), Luis Garcia berterima kasih kepada Pemilik Harimau Selatan, Tunku Mahkota Ismail yang...

Next Post

Kira-Kira 21,300 Kes Jenayah Komersil Libat Kerugian RM4.2b

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd