• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarah, Andi Tiada Istimewa, Sekadar Berbalas Mesej

oleh Ahmad Albab
06/10/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JUARA program Big Stage Sarah Suhairi menjelaskan dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Andi Bernadee seperti yang digosipkan.

Sarah, 18, berkata dia dan Andi kerap berbalas komen di laman Instagram dan ia hanya seabagai perkara biasa baginya.

Menurutnya lagi, dia menyedari ramai pihak yang mudah membuat andaian apabila melihat seseorang selebriti itu ada memuat naik foto berdua.

“Saya dan Andi tidak ada sebarang hubungan istimewa pun. Berbalas-balas komen tu perkara biasa sahaja.

Antara komen balas Sarah dan Andi di laman sosial.

“Lagipun, saya tahu ada segelintir pihak yang tak boleh tengok orang muat naik gambar berdua nanti mula kata ada hubungan.

“Sejujurnya saya dan Andi hanya berkawan sahaja,” kata Sarah kepada mStar Online.

Sarah dan Andi dilihat kerap berbalas komen dan memuat naik foto berdua di laman sosial sehingga netizen beranggapan mereka sedang bercinta.

Mereka berdua merupakan peserta program realiti pertama Big Stage yang bersiaran sepanjang September lalu.

Tambah penyanyi lagu Pedih ini, dia dan Andi saling membantu dalam mempromosikan lagu baharu mereka.

Sarah dan Andi saling membantu promosi lagu baharu mereka.

“Kebetulan Andi dan saya ada lagu baru, jadi, kami berdua saling bantu promosikan lagu masing-masing.

“Tapi lagu baharu Andi dah keluar cuma lagu baharu saya yang berjudul Nyawa & Raga itu belum lagi dilancarkan,” katanya.

Dalam pada itu, lagu kedua Sarah yang dicipta oleh Abang Room None dan lirik Iman Imran itu akan dilancarkan pada 12 Oktokber ini.

“Lagu kedua saya itu Insya-Allah akan dilancarkan pada 12 Oktober ini. Masih belum dapat kepastian tapi tetap dalam bulan ini juga.

“Kalau dapat dipercepatkan, mungkin Insya-Allah video muzik lagu itu akan dikeluarkan pada hari yang sama,” katanya. – mStar Online

Tags: andi bernadeeSarah Suhairi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BAM Sahkan Chong Wei Pulang Esok

Next Post

“Saya Jadi Saksi Bukan Penjenayah!” – Intan Najuwa

Related Posts

Sarah Mahu Dikenali Sebagai Penyanyi Rap Bertudung

09/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Juara Big Stage, Sarah Suhairi, 18, mengakui minat terhadap irama rap mencetuskan keberanian untuk menyelitkan elemen itu...

Sarah Suhairi Juara Big Stage Pertama

24/09/2018
0

SHAH ALAM - Selepas lapan minggu bertanding, tuah ternyata berpihak kepada penyanyi Sarah Suhairi apabila dinobatkan juara Big Stage pertama...

Next Post

"Saya Jadi Saksi Bukan Penjenayah!" - Intan Najuwa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd