• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Ibaratkan Ramai Calon, Warnai PRK Port Dickson

oleh
02/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Walaupun tujuh calon bertanding pada satu pilihan raya bukannya sesuatu yang tidak pernah berlaku, namun kelazimannya ia melibatkan tidak lebih tiga atau empat calon sahaja.

Apa yang lebih menarik kali ini, dua daripada calon yang bertanding masing-masing hanya mengumumkan 48 dan 24 jam sebelum borang pencalonan diserahkan kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) manakala dua lagi hanya muncul pada hari penamaan calon Sabtu lepas untuk bertanding, serta kesemua mereka adalah calon bebas.

“Ada ramai calon, banyaklah pilihan… macam juga beli sayur, bila banyak… boleh pilih mana lebih elok dan segar,”. Itu pandangan Nor Alia Mansor, 31, ketika ditanya mengenai pertandingan tujuh penjuru Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Beliau antara 75,770 pemilih berdaftar yang layak mengundi pada PRK itu, 13 Okt ini berkata walaupun ramai, setiap calon perlulah dapat memasarkan diri mereka sebaik mungkin yang akan mampu menambat hati pengundi.

Warga emas, Nordin Saleh, 70, pula menyifatkan pilihan raya kecil ini agak unik memandangkan ia menampil kombinasi pelbagai calon meliputi mereka yang berusia veteran, pertengahan dan orang muda.

“Saya dah lalui banyak pilihan raya, kali ini bezanya kerana ada calon veteran, muda, orang tempatan dan orang luar…ada yang menarik dan ada juga yang tak meyakinkan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah pada 2009 mencatat sejarah tersendiri negara apabila mencatatkan jumlah calon bertanding paling ramai 15 orang.

PRK Port Dickson menyaksikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, 71, sebagai calon tertua, calon bebas Kan Chee Yuen, 45, sebagai calon pertengahan dan paling muda ialah bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 33, yang juga calon bebas.

Selain Anwar, Kan dan Mohd Saiful Bukhari, turut mengambil bahagian dalam PRK itu ialah calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan tiga calon bebas iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong dan bekas pensyarah universiti swasta Lau Seck Yan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, penyandang kerusi berkenaan Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan dari PAS.

PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas pemenangnya dari PKR Danyal Balagopal Abdullah, mengosongkan kerusi pada 12 Sept lepas untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 Okt ini sebagai hari mengundi manakala 9 Okt sebagai hari pengundian awal. – BERNAMA

Tags: PRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Tawar RM3.5j Jika Mengaku Bunuh Kevin Morais

Next Post

Buat Permohonan Dan Setuju Jika Guna ‘Nama Pelik’

Related Posts

Saman Pengundi PD Terhadap Anwar Ditolak

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula difailkan seorang pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri...

PRK PD: Bersih Dakwa Anwar Buat 6 Kesalahan

26/10/2018
0

BONGKAR... Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa badan pemantau pilihan raya, Bersih, melakukan enam daripada 10 kesalahan semasa kempen Pilihan Raya...

Next Post

Buat Permohonan Dan Setuju Jika Guna 'Nama Pelik'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd