• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto Satu Tanggungjawab Kepada Pengundi – Rais

oleh
11/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Manifesto merupakan satu tanggungjawab kepada pengundi dan tidak boleh sewenang-wenangnya diketepikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Tan Sri Dr Rais Yatim.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan itu berkata manifesto merupakan asas yang membantu pengundi membuat pilihan dalam sesuatu pilihan raya.

Oleh itu, katanya, jika sebahagian besar daripada manifesto itu tidak menjadi kenyataan maka kerajaan PH akan menerima kritikan rakyat.

“Sekiranya tidak boleh dilaksanakan, PH perlu wujudkan satu panel khusus untuk melihat semula manifesto…yang penting rakyat tahu yang perkara-perkara ini dikaji dengan teliti.

“Jika kita tidak buat begitu maknanya apa guna kita ada manifesto dan kita tak boleh lari daripada tanggungjawab itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, malam ini.

Baru-baru ini, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz dilaporkan berkata beliau terkilan kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memberitahunya akan memegang portfolio Kementerian Pendidikan, namun tidak dilakukannya kerana janji manifesto.

Rafidah yang pernah menerajui Wanita UMNO turut mengingatkan bahawa tidak mustahil kerajaan PH akan kehilangan kuasa sekiranya tidak dapat membuat keputusan penting hanya kerana terikat dengan manifesto yang dijanjikan. – BERNAMA

Tags: PRK Port DicksonRais Yatim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Kata Port Dickson Pilihan Tepat

Next Post

Kaji Kejayaan Sebelum Paksa Saya Letak Jawatan – Mujahid

Related Posts

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara bagi Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Parlimen ke-15 ditambah dua hari lagi menjadikan tempoh bersidang...

Agenda Transformasi Parlimen Dibawa Kepada PM 2 November

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Agenda Transformasi Parlimen akan akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 November ini....

Next Post

Kaji Kejayaan Sebelum Paksa Saya Letak Jawatan - Mujahid

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd