• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Di Alor Setar Ditutup Esok & Sabtu

oleh Cj Mnh
18/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Beberapa jalan utama akan ditutup bermula esok dan Sabtu ini berikutan Istiadat Perarakan dan Perbarisan Kehormatan sempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata, penutupan bermula pukul 7 pagi membabitkan laluan utama perarakan dari laluan Dataran Wisma Darulaman melalui Lebuhraya Darulaman hingga ke Dataran Bandar depan Masjid Zahir.

Katanya turut ditutup ialah persimpangan lampu isyarat di persimpangan Wisma Darulaman, simpang Hospital Lama Alor Setar, simpang Bakar Bata, simpang Kanchut/Bina Darulaman Sdn Bhd, simpang Tambang Badak, simpang Istana Lama, simpang Mahkamah lama dan Simpang Pekan Melayu.

“Untuk raptai esok dan hari perarakan sebenar pada Sabtu ini, semua jalan-jalan yang menghubungkan dengan laluan utama juga akan dilencongkan iaitu dari Persiaran Sultan Abdul Hamid akan dilencongkan di persimpangan lampu isyarat Bunga Tanjung menghala ke Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan di lampu isyarat Pekan Melayu menghala ke Jalan Tunku Ibrahim (pusat bandar).

“Lencongan juga dari arah utara iaitu dari Anak Bukit yang mana kenderaan akan diarah membuat pusingan ‘U’ di depan Kedah Kelab masuk ke Jalan Suka Menanti melalui jambatan Seberang Pumpong atau melalui Jalan Pantai Johor ke arah Jalan Suka Menanti atau ke Shahab Perdana.

Kenderaan dari Shahab Perdana akan dilencongkan di lampu isyarat Taman Pandan dan boleh melalui Jalan Gangsa atau Jalan Suka Menanti ke Jalan Pantai Johor manakala kenderaan dari arah Jalan Langgar, Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Plaza Tol Utara akan dilencongkan masuk ke lampu isyarat Alor Semadom menghala Jalan Tun Razak, Jalan Stadium, dan pusat bandar,” katanya pada sidang media hari ini.

Mohd Rozi berkata semua jenis bas dinasihatkan menggunakan jalan keluar atau masuk melalui Plaza Tol Alor (Selatan) untuk ke Shahab Perdana, manakala di bulatan Stadium, semua kenderaan tidak dibenarkan menghala ke lampu isyarat Bakar Bata, begitu juga di Bulatan Telok Wanjah semua kenderaan tidak dibenarkan menghala ke lampu isyarat Tambang Badak.

Beliau berkata semua kenderaan dari arah Jalan Langgar yang melalui Jalan Telok Wanjah tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke lampu isyarat Tambang Badak sebaliknya akan dilencongkan masuk ke laluan bawah jambatan Telok Wanjah/Lorong Merpati.

“Lencongan juga dari arah Jalan Tengah/Meranti, Jalan Tambang Badak dilencongkan ke kiri terus ke Jalan Gangsa/Aeon Big, manakala kenderaan dari arah Jalan Gangsa tidak dibenarkan membelok masuk ke Jalan Tambang Badak, kenderaan dari arah Jalan Putra Ke Simpang Mahkamah Lama akan dilencongkan ke Jalan Tengah/Jalan Pintu 10,” katanya.

Menurutnya semua lorong jalan keluar dan masuk ke jalan laluan utama perarakan akan dikawal oleh 60 anggota trafik dan empat pegawai bermula dari penutupan jalan sehingga acara selesai.

“Jalan akan dibuka semula kepada semua lalu lintas selepas semua acara perarakan dan perbarisan kehormatan selesai dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan yang mungkin berlaku,” katanya.

Beliau berkata pihaknya turut dibantu 350 anggota daripada pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk menjamin keselamatan pengunjung yang datang ke istiadat bersejarah itu selepas 59 tahun lalu apabila Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah ditabalkan sebagai Sultan Kedah Ke-28. – BERNAMA

Tags: Istiadat Pertabalanjalan ditutup
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bayi Perempuan Ditinggalkan Di Laluan Pejalan Kaki

Next Post

Melaka Sedia Bantu Pengusaha Ikan Betta

Related Posts

Jalan Utama Ke Mersing Ditutup, Pengguna Dinasihat Guna Laluan Alternatif

Jalan Utama Ke Mersing Ditutup, Pengguna Dinasihat Guna Laluan Alternatif

26/01/2023
0

KOTA TINGGI: Pengguna dari arah Kota Tinggi ke Mersing dinasihati menggunakan laluan alternatif apabila Kilometer 60, Jalan Kota Tinggi-Mersing ditutup...

73 Jalan, Lebuh Raya Ditutup Di Selangor

20/12/2021
0

SHAH ALAM : Sebanyak 73 jalan utama dan beberapa lebuh raya di seluruh Selangor ditutup berikutan masih dinaiki air sehingga...

Next Post

Melaka Sedia Bantu Pengusaha Ikan Betta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd