• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Didakwa Cederakan Rakan Wanita

oleh Ahmad Albab
03/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan rakan wanitanya dengan menggunakan topi keledar dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan Beserah, di sini dua minggu lalu.

Tertuduh Saidul Muhmmad Abd Hamid, 28 yang tidak diwakili peguam membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Aling.

Mengikut kertas pertuduhan Saidul didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Che Noraziah Che Pauzi, 34 dengan menggunakan topi keledar menyebabkan mangsa cedera di bahagian kepala dan mata sebelah kiri pada 26 Ogos pada jam lebih kurang 3 petang.

Oleh itu dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pihak pendakwaan kemudian menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 sementara menunggu tarikh sebutan semula, bagaimanapun tertuduh memohon jaminan dikurangkan kerana terpaksa menanggung seorang isteri, tiga anak dan ibu bapanya.

Mahkamah menetapkan 14 Sept sebagai tarikh sebutan semula dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kes mahkamahpemandu lori
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peguam Buat Laporan Polis Terhadap Peguam Negara

Next Post

“Kini Nama Saya Bersih Dari Fitnah Rasuah,” Kata Lim

Related Posts

Nahas FRU: Pemandu Lori Didakwa 9 Pertuduhan Pandu Berbahaya

Nahas FRU: Pemandu Lori Didakwa 9 Pertuduhan Pandu Berbahaya

16/05/2025
0

TELUK INTAN: Pemandu lori membawa muatan batu yang terbabit kemalangan tragis sehingga meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU)...

Pemandu Lori Terbabit Kemalangan 9 Anggota FRU Maut Direman 4 Hari

Pemandu Lori Terbabit Kemalangan 9 Anggota FRU Maut Direman 4 Hari

14/05/2025
0

Teluk Intan: Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semalam direman selama empat...

Next Post

"Kini Nama Saya Bersih Dari Fitnah Rasuah," Kata Lim

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd