Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Pengundi Berang Proses Undi...

KUALA LUMPUR - Belum pun bermula, pemilihan PKR di cabang Pandan sedikit panas...

Jenazah Mangsa Kemalangan Semasa...

PADANG BESAR - Jenazah suami isteri serta bayi dalam kandungan yang maut dalam...

Dua Telaga Tiub Akan...

PADANG BESAR - Kerajaan memutuskan untuk membina dua buah telaga tiub di sekitar...

PRU14: Jangan Sabotaj, Sokong...

JOHOR BAHRU - Setiausaha Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Md Jais Sarday meminta...

MTUC Anggap Gaji RM1,050 Khianati B40

KESAL… Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) anggap gaji minimum baharu RM1,050 bagi seluruh negara, diumumkan kerajaan sebagai khianati golongan berpendapatan rendah atau B40.

Setiausaha Agung MTUC, J Solomon menerusi satu kenyataan media di ibu negara hari ini berkata, kenaikan sebanyak RM50 daripada RM1,000 adalah terlalu sedikit bagi golongan buruh miskin di Semenanjung Malaysia.

Manakala kenaikan RM130 bagi pekerja di Sabah dan Sarawak pula tidak membawa kadar gaji minimum untuk lebih tinggi berbanding paras kemiskinan di Sabah sendiri yang ditetapkan iaitu RM1,180 sebulan.

“Kerajaan baharu gagal ambil kira gaji kehidupan wajar golongan pekerja diumumkan dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2017, walhal gaji pimpinan tertinggi syarikat naik kerana ‘kadar pasaran’ yang dicipta golongan korporat.

“Pekerja asing juga enggan bekerja jika dibayar gaji kurang RM70 sehari, sedangkan gaji minimum baharu yang ditetapkan kepada pekerja tempatan adalah pada kadar RM35 sehari.

“Malah, turut dilaporkan pada 2016, pelarian Rohingya enggan kerja dengan gaji RM1,500 sebulan, tetapi kerajaan memilih untuk menetapkan RM1,050 sebagai kadar gaji minimum baharu,” kata Solomon dengan nada kesal.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan penetapan kadar gaji minimum seragam bagi seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak sebanyak RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Sebelum ini, Perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Solomon berkata, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) telah mengecawakan jutaan golongan pekerja yang selama ini mengimpikan perubahan apabila kerajaan Barisan Nasional sebelum ini tidak lagi memerintah.

Katanya, ketidakadilan terhadap golongan B40 yang dilakukan kerajaan terdahulu apabila tangguh semakan semula gaji minimum sejak 2015, diteruskan kerajaan baharu kerana kadar itu juga hanya berkuat kuasa pada Januari depan.

“Malaysia adalah satu-satunya negara yang meretifikasi Konvensyen 131 Penetapan Gaji Minimum Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO), malangnya kerajaan tidak mengambil kira keperluan asas dalam menentukan kadar baharu ini.

“Buruh di Malaysia sudah sengsara sejak 1970-an lagi dan kami sanggup menolak kerajaan lama pada Pilihan Raya Umum lalu kerana mengharapkan kerajaan baharu lebih memahami kesusahan membelenggu golongan B40.

“MTUC ingin mengingatkan adalah tidak bijak bagi mana-mana kerajaan tidak hormati serta biar kumpulan pekerja dimanipulasi kerana kami akan bersatu menentang mana-mana pihak yang pandang rendah maruah golongan buruh,” katanya. – Mynewshub.TV

Kategori