• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Masih Wajib Patuh Patuhi Perintah Gaji Minimum 2016

oleh
06/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Rasinin Koutis berkata majikan di negeri ini masih perlu mematuhi Perintah Gaji Minimum (PGM) 2016 sehingga kadar baharu gaji minimum sebanyak RM1,050 atau RM5.05 sejam dilaksanakan bermula 1 Januari depan.

Beliau berkata melalui PGM 2016 yang dikuat kuasa mulai 1 Julai 2016, kadar gaji minimum bulanan ditetapkan RM1,000 sebulan atau RM4.81 sejam bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan atau RM4.42 sejam bagi Sabah, Sarawak serta Labuan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Karnival Pekerjaan Sempena Kembara Kerjaya Sabah 2018 di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah JTK Sabah Kamal Pardi.

Kembara Kerjaya itu merupakan program tahunan yang keempat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah, dan pada tahun ini ia bermula di Kota Kinabalu pada 2 Sept sebelum ke Kudat (3 Sept), Kota Marudu ( 4 Sept), Ranau (5 Sept) dan berakhir di sini hari ini.

Sejumlah 19 majikan, enam penyelia latihan dalam pelbagai industri menyertai karnival itu untuk menawarkan sejumlah 500 kekosongan jawatan di Keningau dan sehingga jam 2 petang tadi, kira-kira 300 kekosongan jawatan yang ditawarkan telah diisi. – BERNAMA

Tags: Gaji Minimum
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perkhidmatan Pascabayar Kekal Dikenakan Cukai 6 Peratus

Next Post

Kenyataan KSN Ibarat Jalan Keluar Buat Penjawat Awam

Related Posts

TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain

TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain

30/10/2024
0

Kuala Lumpur : Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilihat sebagai kayu ukur terhadap pelaksanaan gaji minimum untuk diikuti syarikat lain apabila...

Gaji Minimum Bukan Gaji Permulaan Untuk Semua Pekerja – Sim

Gaji Minimum Bukan Gaji Permulaan Untuk Semua Pekerja – Sim

21/10/2024
1

Permaisuri : Kerajaan mengingatkan majikan supaya tidak menjadikan kadar gaji minimum yang baharu sebagai gaji permulaan kepada semua pekerja termasuk...

Next Post

Kenyataan KSN Ibarat Jalan Keluar Buat Penjawat Awam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd