• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Tempatan Eksploitasi Warga Asing Bungkus Ketum Dibongkar

oleh Cj Mnh
01/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP – Polis hari ini mendedahkan ada sindiket tempatan mengeksploitasi warga asing yang dibawa masuk secara haram untuk membungkus daun ketum bagi dipasarkan ke negara jiran.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata bagi mengelakkan warga asing terbabit melarikan diri, sindiket memberikan mereka dadah agar ketagih dan terus bekerja dengan mereka.

“Warga asing ini dibawa masuk secara haram dan tinggal di bangsal yang begitu daif untuk kerja-kerja membungkus daun ketum dengan gaji kira-kira RM1,500 setiap bulan.

“Bagaimanapun mereka diajar mengambil dadah dan akhirnya ketagih lalu menggunakan duit gaji mereka untuk membeli dadah daripada sindiket, menyebabkan mereka terus bekerja (dengan sindiket),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap, di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Sahabudin Abd Manan dan Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Noh Idris.

Zulkifli berkata kegiatan itu terbongkar selepas polis memberkas tiga lelaki iaitu dua warga asing (Myanmar dan Thailand) berusia 21 dan 30 tahun serta rakyat tempatan berketurunan Siam berumur 41 tahun di Naka, Kuala Nerang di sini pada Ahad lepas.

Dalam operasi 11 malam itu polis merampas hampir 2,000 kilogram daun ketum yang dianggar bernilai RM100,000 daripada suspek selain menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda, selaras senapang angin dan dadah jenis syabu serta erimin 5 seberat tujuh gram, katanya.

Beliau berkata polis kini memburu dua lagi lelaki tempatan yang dipercayai dalang sindiket.

Sindiket ini dipercayai telah beroperasi hampir dua tahun dan mendapatkan bekalan antara 2,000 dan RM2,500 kg daun ketum daripada penduduk tempatan setiap hari, katanya menambah daun ketum yang siap dibungkus terbabit diseludup masuk ke negara jiran melalui laluan tikus.

“Kesemua yang ditangkap itu direman selama empat hari mulai 30 Julai sehingga esok bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963. – BERNAMA

Tags: Daun Ketumwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd