• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesta Menuai Ikan Tagal Dinanti-Nantikan Musim Kemarau

oleh Cj Mnh
20/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIULU – Lebih 400 penduduk menyertai Pesta Mongoi Bombon atau ‘menuai ikan Tagal’ dalam bahasa Dusun di Kampung Poturidong, di sini, hari ini, acara tahunan yang amat dinanti-nantikan penduduk menjelang musim kemarau.

Uniknya, aktiviti menangkap ikan Tagal hanya diadakan apabila Sungai Kiulu menjadi cetek dan tenang.

Ketua Kampung Poturidong yang juga Pengerusi Persatuan Tagal, Juara Gidal, 73, berkata selain berkongsi hasil tangkapan, acara itu juga bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan.

Katanya, penduduk kampung sudah bersetuju untuk menuruti semangat Tagal supaya tidak menangkap ikan pada hari-hari biasa.

“Kami menetapkan peraturan, sesiapa yang didapati menangkap ikan akan dikenakan denda seekor kerbau untuk kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua, pesalah akan dirujuk ke Mahkamah Anak Negeri kerana tidak menghormati semangat Tagal,” katanya ketika ditemui di sini.

Pesta itu bukan sahaja disertai saudara-mara penduduk, malah rakan dari luar daerah turut berpeluang menikmati pengalaman menangkap ikan secara tradisional.

Antara ikan yang ada di sungai berkenaan ialah ikan Barob, Pelian, Sarawi dan Lampam Sungai atau lebih dikenali sebagai Gayomato.

Pesta yang mula diadakan sejak 1986 itu tidak pernah menghampakan penduduk kerana hasil yang diperoleh setiap tahun mencecah 1.2 tan ikan air tawar.

Lebih menarik, selepas berjaya ‘mendaratkan’ ikan air tawar, penduduk, terutama wanita akan memasak juadah hasil ikan tangkapan untuk dimakan semua penduduk yang menghadiri pesta.

Juara berkata, kawasan ikan Tagal ini dibahagikan kepada beberapa kawasan untuk tujuan pembiakan, pemuliharaan dan tarikan pelancongan.

Katanya, ini bagi memastikan spesies ikan air tawar sentiasa terjaga dan tidak merosakkan ekosistem air sungai yang menjadi kebanggaan penduduk Kiulu.

Penduduk, Rushdi Lusi, 42, berkata setiap kali pesta berlangsung, mereka tidak akan hampa kerana penduduk mampu menaikkan ikan besar sehingga mencecah 4.6 kilogram.

Katanya, pengalaman menangkap ikan secara tradisional yang dipelajari daripada orang tua menjadi panduan berguna untuknya setiap kali menyertai pesta.

Pengunjung luar daerah, Faznie Baili, 37, berkata dia menemani rakannya datang ke sini untuk merasai sendiri pengalaman menangkap ikan secara tradisional.

Katanya, kemeriahan menangkap ikan, selain kerjasama erat sesama penduduk kampung menyebabkan dia ingin kembali pada tahun depan. – BH Online

Tags: musim kemaraupesta menuai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Musim Kemarau Di Asia Tenggara Sudah Bermula

Musim Kemarau Di Asia Tenggara Sudah Bermula

04/07/2022
0

JAKARTA : Musim kemarau bagi wilayah Asia Tenggara, termasuk Singapura, Brunei, Indonesia, Malaysia dan selatan Thailand sudahpun bermula, menurut Pusat...

Bomba Bersedia Untuk Musim Kemarau Pula

08/02/2022
0

MELAKA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap siaga dengan lebih 12,500 anggota, bagi tujuan operasi di kawasan berisiko kebakaran,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd