• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi China Mula Perlahan, Jejas Pertumbuhan Global

oleh Haris
17/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERKEMBANGAN menunjukkan ekonomi China mula perlahan akibat perang dagang dengan Amerika Syarikat mula membimbangkan dunia.

Data dikeluarkan sejak Jumaat mengesahkan apa yang dijangka selama ini: Kempen berterusan untuk menyekat hutang sedang memperlahankan perkembangan ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Oleh kerana China menghasilkan satu pertiga pertumbuhan global, perkembangan ini menunjukkan ekonomi dunia akan bergerak perlahan dalam beberapa tahun mendatang.

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang telah beberapa kali memberi amaran yang perang dagang antara China dengan AS akan memberikan kesan global dijadual menerbitkan jangkaan pertumbuhan terbaru minggu depan.

Ekonomi China dijangka tumbuh sebanyak 6.7 peratus dalam suku kedua, kadar paling perlahan sejak 2016, manakala pertumbuhan pelaburan dan penghasilan industri perlahan sejak Jun. Jualan runcit bagaimanapun meningkat.

Pertumbuhan yang mula perlahan di China itu hanya pada peringkat awal perang dagang dengan AS. Presiden AS Donald Trump bulan ini mengenakan tarif peringkat awal pada AS$34 bilion barangan import dari China, yang dibalas dengan tindakan sama oleh China.

Trump dijangka mengenakan cukai pada AS$16 bilion lagi nilai barangan dan mengugut untuk menambahkan senarai barangan China yang akan dicukai kepada nilai AS$200 bilion. China juga mengugut untuk membalas tindakan itu.

Ini bermakna masalah bukan sahaja akan dihadapi China tetapi juga seluruh dunia.

“Sekiranya AS dan China tidak memulakan semula rundingan dalam dua bulan akan datang, konflik ini akan meningkat, dengan implikasi ekonomi bagi mereka dan ekonomi global,” kata Louis Kuijs, ketua bahagian Ekonomi Asia di Oxford Economics di Hong Kong.

Ketegangan global ini jelas kelihatan semasa sidang kemuncak antara Kesatuan Eropah (EU) dan China di Beijing. Presiden EU Donald Tusk memberi amaran perang dagang boleh membawa kepada “konflik panas” sementara tuan rumah, Perdana Menteri Li Keqiang berkata tidak ada yang akan mendapat manfaat daripada pertikaian ini.

Kesan limpahannya yang paling membimbangkan ramai ahli ekonomi, disebabkan oleh peranan penting China dalam rantaian bekalan serantau dan global yang menggerakkan ekonomi AS.

“Kesannya yang paling buruk belum dapat dilihat lagi,” kata Iris Pang, pakar ekonomi China Raya di ING Bank NV di Hong Kong.

“Bagi seluruh dunia, keadaan ini bermula dengan perang dagang antara AS dengan China tetapi ia tidak akan berakhir dengan usaha dua negara terbabit. Rangkaian bekalan global, syarikat perkapalan, halangan pelaburan asing dari kerajaan AS dan pada masa sama ikrar China untuk lebih terbuka dengan pelaburan asing akan mengubah aliran perniagaan dunia.”

Sekiranya AS meneruskan tarif ke atas AS$250 nilai barangan import, pertumbuhan eksport China akan terkesan dan ekonominya merosot sebanyak 0.3 peratus, menurut Morgan Stanley.

Wujud juga risiko kesan lain yang boleh menolak lagi 0.3 peratus pertumbuhan China, malah dijangka boleh mencapai 0.5 peratus.

“Jumlah ini bukan sedikit, tetapi masih boleh ditangani dalam konteks ekonomi yang disasarkan tumbuh 6.5 peratus tahun ini,” kata Fielding Chen dan Qian Wan.

Yang pasti, China mampu bertindak balas memandangkan kuasa penggubal dasar fiskal dan kewangan yang luas. Pakar ekonomi di Australia and New Zealand Banking Group Ltd menjangka kerajaan akan memulakan perbelanjaan baharu sementara JP Morgan Chase menjangka Bank China akan mengurangkan keperluan ratio rizab sebanyak 50 mata asas dalam setahun akan datang, sebagai salah satu daripada beberapa pilihan yang ada.

Perbelanjaan oleh kerajaan China telah pun meningkat pada bulan Jun, memberi gambaran usaha menstabilkan pertumbuhan.

Selepas ini, langkah yang lebih berani diperlukan.

“Perang dagang ini akan bertambah buruk,” kata Michael Every, ketua kajian pasaran kewangan di Rabobank Group di Hong Kong.

“Ini satu berita buruk kepada China, dan kepada kita semua juga.” – Bloomberg

Tags: Amerika SyarikatChinaEkonomi Global
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd