Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Staf Imigresen Sekongkol Dengan...

PETALING JAYA - Lebih daripada 50 peratus kakitangan imigresen yang mengendalikan kaunter di...

Safiq Rahim Tinggalkan JDT

KUALA LUMPUR - Spekulasi mengenai kedudukan Safiq Rahim bersama Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Menteri Pendidikan Enggan Layan...

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik enggan melayan soalan pemberita mengenai...

Peguam – Mahkamah Tergesa-Gesa...

Mahkamah Persekutuan “tergesa-gesa” semasa perbicaraan rayuan kes rasuah SRC International membabitkan penyelewengan RM42...

Ribuan Berarak Di London, Gesa Undian Brexit Kedua

LONDON – Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di ibu kota ini hari ini bagi menggesa undian kedua pengunduran Britain daripada Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit.

Juru kempen anti-Brexit berarak ke Parlimen untuk menyambut ulang tahun kedua undian Brexit, menuntut satu ‘undian rakyat’ sama ada untuk meluluskan perjanjian akhir antara Perdana Menteri, Theresa May dengan EU, jika satu perjanjian dicapai pada akhirnya.

“Saya menangis apabila pungutan suara berlaku, kelihatan masa depan agak teruk. Brexit teruk bukan sahaja kerana kami mahu mengekalkan apa yang ada seperti sekarang, namun kerana adalah penting untuk berada dalam EU bagi membuat perubahan,” kata Chiara Liduori, 40, rakyat Itali yang menetap di sini.

Emily Hill, 55, memberitahu AFP, beliau ‘membiarkan rakyat mengesahkan mereka benar-benarkan mahukan Brexit atau berkata tidak’.

“Saya fikir banyak undian adalah protes, sesetengah orang tidak menyokong EU, namun saya tidak fikir ia adalah pendapat majoriti negara ini,” tambahnya bersama bendera EU di tangan.

Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson, yang berkempen meninggalkan EU, memberi amaran kepada May mengenai Brexit yang ‘menjurus keputusan lambat’ seolah-olah seperti tisu tandas.


Menulis dalam akhbar The Sun, Johnson menggesa menentang ‘bog-roll Brexit’, slanga tempatan untuk tisu tandas dan menggesa ketuanya itu ‘memenuhi mandat rakyat serta mendapatkan Brexit sepenuhnya.’

Pasukan May dijangka memasuki pusingan rundingan berikutnya dengan rakan sejawatannya dari EU, namun masih mendefinisikan apa yang ia mahukan daripada hubungan akan datang Britain dengan benua itu terutama dalam bidang peraturan kastam. – AFP/BH ONLINE

Kategori