• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyiapan Projek TRX Suntik Keyakinan Pelabur Asing

oleh Ahmad Albab
22/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Langkah kerajaan memberi suntikan dana sebanyak RM2.8 bilion serta keputusan meneruskan pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) akan dapat memberi keyakinan kepada para pelabur asing yang terbabit dalam projek tersebut.

Ketika memberi jaminan itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata setakat ini, TRX City Sdn. Bhd. telah menjual beberapa bidang tanah kepada pelabur tempatan dan antarabangsa seperti Mulia Property Development, HSBC, Affin Bank, Lembaga Tabung Haji, WCT, Lendlease dan IJM.

“Projek berkenaan mendapat banyak minat dan pelaburan asing dan akan memberi kesan sekiranya ia gagal disiapkan.

“Atas alasan itu, kita mahu memberi jaminan kepada pelabur-pelabur tempatan dan asing bahawa pelaburan mereka tidak akan terjejas,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Lim berkata suntikan RM2.8 bilion itu akan dibuat secara berperingkat sehingga 2024.

Malah, pada tahun ini, kerajaan menyasarkan untuk menyalurkan sejumlah RM344 juta.

Lim berkata, kerajaan bagaimanapun akan melaksanakan penilaian kejuruteraan bagi mengurangkan kos pembinaan TRX yang kini siap 80 peratus.

Ditanya sama ada suntikan dana oleh kerajaan itu merupakan sumber pembiayaan terakhir TRX, beliau berkata adalah sukar untuk mencari saluran lain memandangkan kaitan projek itu dengan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). – BERNAMA

Tags: TRX
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peniaga Bazar Ramadan Nafi Diminta Bayar Duit Tapak

Next Post

Veteran UMNO Desak Batal Debat Calon Presiden

Related Posts

Wang 1MDB: PH Pilih Dapat Semula Dana Nilai Lebih Kecil

08/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memilih untuk mendapat...

1MDB Bukan Lagi Alasan PH Tidak Tunai Manifesto

25/04/2019
0

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mempertahankan bahawa kerajaan Pakatan Harapan tidak lagi boleh menjadikan 1MDB sebagai...

Next Post

Veteran UMNO Desak Batal Debat Calon Presiden

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd