• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fasha Sandha Sedia Berdamai Dengan Nora Danish

oleh
01/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON jelita, Fasha Sandha menyambut baik cara aktres, Nora Danish menamatkan persengketaan yang timbul selepas kes sindir menyindir antara mereka pada tahun lalu.

Fasha berkata, dia bersedia mohon maaf kepada Nora sekali gus meleraikan kemelut hubungan mereka yang bermasalah sejak bertahun-tahun lalu.

Ujarnya, keputusan itu perlu diambil demi kepentingan anak dan keluarga kedua-dua belah pihak dengan menyifatkan berdamai sebagai jalan terbaik kerana mahu masing-masing jalani kehidupan dalam suasana harmoni.

“Saya bersedia melakukannya atas sebab kekeluargaan memandangkan anak sulung Nora, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram adalah abang kandung kepada dua cahaya mata saya.

“Justeru, saya ambil keputusan untuk memohon maaf secara terbuka kepada Nora atas luahan hati saya di laman sosial mengenai isu yang terjadi pada majlis pertunjukan fesyen tahun lalu yang didakwa mengguris perasaannya.

“Bagi saya, berdamai adalah jalan terbaik kerana isu antara kami sudah berlarutan terlalu lama,” kata Fasha dipetik BH Online, hari ini.

Tambah Fasha, dia sudah matang dalam menilai setiap tindakannya dan keputusan itu dibuat demi kebaikan anak mereka yang sedang membesar.

“Apabila difikirkan semula, untuk apa kami bermusuh terlalu lama sedangkan anak kami mempunyai pertalian antara satu sama lain.

“Tidak elok jika mereka melihat hubungan kami berdua berterusan dilanda masalah. Saya tidak kisah memohon maaf, malah berterima kasih kepada peminat.

“Ramai sentiasa mendoakan kami supaya berbaik semula. Syukur kerana Allah memperkenankan doa itu dengan bantuan peguam kami,” tambah pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan itu.

Baca: Kemelut Antara Nora, Fasha Bakal Temui Titik Noktah

Dalam perkembangan lain, Fasha mengakui dia dan Nora ada hadir ke Pejabat Mediasi di Mahkamah Shah Alam pada minggu lalu.

Pun begitu, pelakon berusia 34 tahun itu memohon pengertian semua kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Fasha SandhaNora Danish
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kita ‘Buang’ RM20 Juta Sehari Di Bazar Ramadan

Next Post

Jangan Buka Aib Syafiq, Tutup Buku Lama – Hanna

Related Posts

Fasha Sandha Cedera Di Set, Tulang Mata Patah

Fasha Sandha Cedera Di Set, Tulang Mata Patah

02/03/2023
0

PETALING JAYA : Pelakon, Fasha Sanda dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani...

Terlalu Aktif, Fasha Sandha Keguguran

10/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Hanya sempat menikmati seketika debaran untuk kembali menimang cahaya mata, Fasha Sandha akur menerima kenyataan pahit apabila...

Next Post

Jangan Buka Aib Syafiq, Tutup Buku Lama - Hanna

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd