• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sea Felda’ Manfaat 2,000 Penduduk Kuala Nerus

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Projek Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) atau “Sea Felda”, sebuah kawasan pembangunan bersepadu khusus untuk golongan nelayan di Seberang Takir di sini, bakal memberi manfaat kepada 452 peserta, atau hampir 2,000 penduduk tempatan, termasuk ahli keluarga mereka.

Projek bernilai RM180 juta itu dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, di Kampung Seberang Pak Abu hari ini.

Ahmad Razif berkata projek yang akan dilaksanakan di kawasan seluas 22 ekar itu dijangka siap secara keseluruhannya pada tahun 2020.

Ia merangkumi pembangunan sebuah kawasan komersial, perikanan dan perumahan berbentuk ‘town house’ yang berdaya maju bagi meningkatkan taraf hidup warga nelayan, katanya ketika majlis pelancaran projek itu yang mendapat kerjasama daripada Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC).

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John turut hadir di majlis itu.

Ahmad Razif berkata buat permulaan, pihak ECERDC akan menjalankan fasa satu projek berkenaan iaitu membina kawasan perumahan berbentuk ‘townhouse’ itu di tapak seluas 8 ekar di Kampung Batin.

“Bagi menjayakan projek ini, kerajaan Persekutuan telah pun memperuntukkan sebanyak RM32 juta bagi membina 200 buah rumah mampu milik jenis townhouse yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air berkeluasan sekurang-kurangnya 850 kaki persegi di bawah fasa yang pertama ini,” katanya.

“Peserta yang layak membeli rumah ini akan dipilih melalui sistem Rent-To-Own dan ditawarkan dengan kadar harga yang amat rendah iaitu kira-kira RM68,000 seunit, dengan kos selebihnya dibiayai oleh pihak Kerajaan.

“Harga ini sememangnya jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa,” katanya.

Sehubungan dengan itu Ahmad Razif menggesa rakyat khususnya penduduk di Kuala Nerus memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Semua Parti Akan Pecat Anggota Tidak Setia

Next Post

Tengah Solat Jenazah, Tiba-Tiba Mangsa Muncul

Related Posts

Kerajaan BN Terengganu Yang Tunaikan Janji

07/05/2018
0

KUALA NERUS - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dan konsisten menunaikan setiap janji yang dibuat dan bukan sekadar omong...

BN Terengganu Yakin Bakal Ulangi Sejarah PRU10

04/05/2018
0

DUNGUN - Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sekali gus mengulangi sejarah kemenangan...

Next Post

Tengah Solat Jenazah, Tiba-Tiba Mangsa Muncul

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd