Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Serangan Christchurch: Pengebumian Mangsa...

CHRISTCHURCH – Remaja yang mengimpikan untuk menjadi penjaga gol pasukan bola sepak Manchester...

MB Pahang Selar Kenyataan...

BIDAS... Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail luah rasa pelik...

Penjawat Awam P.Pinang Dapat...

Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan...

Rolls-Royce Sasarkan Golongan Muda...

BANGKOK - Malaysia kekal sebagai pasaran penting untuk Rolls-Royce Motor Cars Ltd dengan...

Kuih Akok Popular, Tetapi Sukar Dieksport

BESUT – Akok merupakan kuih tradisional yang popular dalam kalangan penduduk Pantai Timur sesuai untuk hidangan minum petang atau menjadi pelengkap juadah berbuka puasa.

Kuih akok yang dihasilkan di Kampung Nyiur Tujuh, Jertih di sini cukup popular dalam kalangan penggemarnya kerana perisa lemak dan manisnya yang seimbang hingga ada pihak sedia memperkenalkan kuih itu di luar negeri.

Pengusahanya Mohamad Said, 53, berkata, “Ada pihak pernah mempelawa untuk membawa kuih akok saya ini untuk dijual di London (United Kingdom) tahun lalu.

“Tetapi terpaksa menolaknya kerana saya tidak mempunyai kepakaran dalam aspek pembungkusan bagi menjamin kesegaran kuih akok,” katanya.

Ini masalah yang sering dihadapi pengusaha Melayu dalam memasarkan makanan termasuk kuih tradisional.

Barangkali agensi kerajaan seperti Mardi dapat membantu pengusaha sebegini tentang cara membungkus dan mengekalkan kesegaran produk makanan agar tahan lama untuk tujuan eksport.

Mohamad berkata, resepi akoknya dipelajari daripada ibu mertuanya yang kini sudah menjangkau usia 93 tahun.

Dengan bantuan isterinya Rosnani Jusoh, 51, beliau tertekad mengekalkan resepi tradisional itu menerusi perusahaan keluarga yang kini sudah berjalan selama 10 tahun.

“Alhamdulillah, perusahaan akok yang kami jalankan itu terus mendapat sambutan sehingga ke hari ini,” katanya kepada Bernama di bangsal akoknya di Km 3, Jalan Besar, Jertih – Alor Lintah.


Menceritakan resepi membuat kuih itu, Mohamad berkata beliau menggunakan bahan berkualiti seperti telur ayam gred A, santan, gula dan tepung beras bermutu tinggi.

“Biasanya kalau 100 biji telur digunakan kita hanya memerlukan empat cawan tepung beras, satu setengah kilogram gula dan satu kilogram santan,” ujarnya.

Sukatan setiap adunan ini dapat menghasilkan 130 biji kuih.

Beliau yang menjual akoknya dengan harga RM80 bagi setiap 100 biji turut mendapat permintaan pembeli dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Mohamad berkata, bagi yang ingin membuat tempahan boleh hubungi talian 014-8017367. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • akok

Kategori