Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Exco Sukan Negeri Dilantik...

KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan menyambut baik hasrat Kementerian Belia dan Sukan (KBS)...

Di Mana Hilangnya Reserve...

NAJIB: Di Mana Hilangnya Reserve Petronas RM171 B?

Scha Kongsi Gambar Si...

Pelakon Scha Al-Yahya hari ini berkongsi gambar bayi comelnya Lara Alana yang sudah...

A Kadir Letak Jawatan...

KUALA LUMPUR - Datuk A Kadir Jasin hari ini meletak jawatan sebagai Ketua...

Berjaya Bina Masjid Hasil Menjual Ayam

YOGYAKARTA – Bermula dengan menjual lima ayam kampung ketika bersekolah, Suciati Saliman Riyanto Raharjo berjaya membina masjid, impian yang disimpannya sejak kecil.

Wanita berusia 66 tahun yang kini jutawan dan memilik syarikat makanan di Indonesia, belajar berniaga apabila mengikut ibunya berniaga di pasar sejak kecil.

“Saya membonceng basikal ibu ke pasar dan selepas membantu ibu menyiapkan barangan jualan, terus ke sekolah.

“Apabila pulang, saya kembali ke pasar membantu ibu sebelum pulang ke rumah ketika hampir malam,” katanya kepada Kompas.com.

Menurutnya, di pasar itu tiada sesiapa menjual ayam siap diproses dan ibunya mencadangkan dia menjual ayam proses.

“Dengan sedikit modal diberi ibu, saya membeli lima ayam untuk diproses sebelum menjualnya kembali,” katanya.


Lama kelamaan perniagaannya semakin maju dan selepas tamat sekolah menengah, jualan ayamnya meningkat kepada ratusan ekor sehari.

Kini Suciati mempunyai kilang memproses ayam dan pengeluar pelbagai produk makanan berasaskan ayam seperti sosej, nuget dan burger.

Hasil perniagaan itu dia berjaya membina masjid mengikut rekaan Masjid Nabawi di Madinah di jalan Gito Gati, Sleman, Yogyakarta, yang boleh memuatkan 1,500 jemaah. – Agensi/myMetro Online

Kategori