• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Dakwa UMNO Zaman Mahathir Jaga Rakyat?

oleh AK-47
04/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membayangkan UMNO zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah UMNO yang menjaga kepentingan rakyat dalam satu ceramah politik baru-baru ini.

Hujah beliau itu namun menimbulkan persoalan memadangkan Mohamed Azmin dan ramai pemimpin pembangkang sebelum ini menuduh UMNO menzalami rakyat sewaktu Mahathir mengetuai parti Melayu itu selaku presiden parti.

Bayangan positif yang cuba dihamburkan oleh Mohamed Azmin keatas Mahathir itu jelas menunjukkan tahap hipokrasi luar biasa pembangkang demi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.

“Sekarang Mahathir pun bersama Pakatan Harapan. Sekarang Tun Daim Zainudin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Dr. Rais Yatim pun sokong Pakatan Harapan.

“Ini pemimpin senior UMNO. Mereka tahu UMNO hari ini (zaman sekarang) tidak macam dulu (zaman Mahathir). Dulu UMNO jaga rakyat, sekarang UMNO jaga dia punya bini sahaja,” dakwa Azmin dalam ceramah tersebut.

Untuk rekod, pemimpin pembangkang pernah juga menggelar Mahathir sebagai bapa segala penyamun dan maha firaun semasa Mahathir masih berada dalam UMNO.

Daim, Rafidah dan Rais yang kini berkempen untuk Pakatan Harapan pula merupakan anggota kabinet kerajaan semasa Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri.

Lebih teruk, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menggelar Daim yang juga Menteri Kewangan semasa zaman Mahathir sebagai manusia paling korup di Malaysia.

Terdahulu Mohamed Azmin membidas pihak yang menyebut tentang soal kaum termasuk Melayu di negara ini.

Menurut beliau, Malaysia adalah negara milik berbilang kaum dan agama.

Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) akan bertanding menggunakan logo PKR dalam PRU14. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Mohamed Azmin AliUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BN Pelawa Guan Eng Sertai Lawatan Ke Bukit Botak

Next Post

Klinik 1 Malaysia Jadi Tumpuan Orang Ramai

Related Posts

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Next Post

Klinik 1 Malaysia Jadi Tumpuan Orang Ramai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd