• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Malu Nafi Ada Saham The Loaf Walhal…

oleh
15/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANTOI… Tun Dr. Mahathir Mohamad diingatkan agar berhenti tipu rakyat apabila menafikan konon tiada sebarang saham dalam kedai roti premium, The Loaf yang ditutup perniagaannya.

Perkara itu didedahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mengesahkan Mahathir memiliki pegangan saham sebanyak RM10 juta dalam kedai tersebut.

“Dia (Mahathir) mungkin malu sebab kedai itu (The Loaf) terpaksa ditutup baru-baru ini. Bayangkanlah sejak ditubuhkan dari tahun 2005 lepas, rugi sampai sekarang sudah pun 13 tahun meskipun berjaya ada 12 cawangan.

“Sekarang sudah tutup, ini helah hendak salahkan pihak kerajaan, jadi usah dengar cakap Mahathir yang putar alam. Cakaplah betul-betul. Banyak perkara yang dia sudah buat, dia kemudian putarkan pula,” kata Hamzah.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Bangunan UMNO Batu Kurau hari ini sebelum menyaksikan penyerahan borang keahlian 32 individu termasuk ahli PKR dan PPBM dari Kampung Anak Kurau untuk menyertai UMNO.

Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan belum disahkan status oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) semalam menjelaskan konon langsung tidak memiliki saham dalam The Loaf, yang menutup perniagaannya itu.

Pengerusi PPBM yang kini dibubarkan sementara atas perintah RoS itu sebaliknya mendakwa beliau hanya mampu memiliki sebanyak 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Saham itu dianugerahkan kepada saya selepas merasmikan syarikat terbabit ketika jadi perdana menteri dahulu,” dalih Mahathir kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum di Bukit Kayu Hitam, Kedah malam tadi.

Semalam media tempatan melaporkan The Loaf menutup operasi perniagaannya selepas lebih 12 tahun beroperasi menerusi notis dimuat naik dalam media sosial bertarikh 9 April lalu ditujukan khusus untuk pelanggan mereka.

Baca: Kedai Roti Mahathir Pun Tutup, Ada Hati Urus Negara!

Notis itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab mengapa ia ditutup sebaliknya hanya berkata syarikat M&M Consolidated Sdn. Bhd. yang menguruskan The Loaf berpuas hati kerana berjaya mencapai objektif utamanya.

Perniagaan roti mewah usaha sama antara Mahathir sendiri dengan Motoko Resources Sdn. Bhd. yang cuma ada kepentingan 49 peratus, manakala beliau pula dikatakan memiliki 51 peratus saham dalam syarikat bakeri tersebut.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mahathir memiliki 10.062 juta saham dalam syarikat MBM Consolidated Resources yang merupakan pemilik The Loaf, malahan merupakan pengarah syarikat itu.

Selain itu, Mahathir juga pemilik Eurola Sdn. Bhd. dan Evektor – dua-duanya pembina kapal terbang; selain pemilik ketiga terbesar dalam hotel bertaraf lima bintang, Palace of Golden Horses dekat rumah beliau di Serdang, Selangor.

Mengulas lebih lanjut, Hamzah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam pada itu berkata, beliau berasa kecewa dengan sikap Mahathir pada ketika ini jelas sama sekali tidak lagi berprinsip apabila berpolitik seperti dahulu.

Sebaliknya tambah beliau, perjuangan UMNO sejak ditubuhkan pada 1946 tetap masih lagi adalah konsisten dalam membela nasib agama, bangsa dan negara dengan kerjasama erat parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Dulu dia (Mahathir) pernah berkata siapa yang ikut DAP, pengkhianat bangsa tetapi kini dialah yang menjulang tangan Lim Kit Siang. Begitu juga suatu ketika dulu dia cakap macam-macam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tetapi sekarang dia boleh duduk sekali dengan mereka,” kata Hamzah merujuk kerjasama Mahathir bersama-sama seteru politik yang lantang dikutuknya semasa menjadi perdana menteri dahulu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Loafroti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

V Shem-Wee Kiong Akur Dengan Pingat Gangsa

Next Post

Rakyat Sambut Baik Manifesto BN Johor – Khaled

Related Posts

Roti Dibuat Daripada Serbuk Cengkerik

24/01/2019
0

HELSINKI – Sebuah kedai bakeri di sini mula menjual roti diperbuat daripada ‘serbuk cengkerik’ yang didakwa sangat ‘lazat’ tetapi kebanyakan...

Mahathir Ditempelak Buat Pusingan U Isu Kedai Roti

19/04/2018
0

TELUK INTAN - Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membuat empat pusingan-U dalam kenyataannya...

Next Post

Rakyat Sambut Baik Manifesto BN Johor - Khaled

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd