• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siswa Jaga Etika Dan Patuh Undang-Undang Berkempen

oleh Ahmad Albab
14/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Mahasiswa diingatkan supaya menjaga etika dan tidak melanggar undang-undang negara sekiranya mereka turut serta berkempen pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan 2012) memberi kelonggaran kepada mahasiswa untuk berkecimpung dalam politik di luar kampus namun tidak bermakna mereka boleh melanggar undang-undang negara dan undang-undang kampus.

“Berkempenlah secara sihat kerana kita ingin melihat mahasiswa lebih matang dalam berpolitik supaya pilihan raya ini boleh memberi pengalaman kepada mereka mengenai proses pendemokrasian dalam negara kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolej Komuniti Rantau Panjang di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRU14 ialah pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April dan 5 Mei sebagai tarikh pengundian awal.

Sementara itu, Idris berkata Kolej Komuniti adalah antara platform yang disediakan kepada golongan belia untuk mendapatkan pelbagai kemahiran selaras dengan usaha memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Idris berkata kerajaan sebelum ini telah menambah peruntukan daripada RM4.6 bilion tahun lepas kepada RM4.9 bilion pada tahun ini dalam usaha meningkatkan kemahiran TVET.

Dijangkakan Malaysia memerlukan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran TVET untuk memenuhi 1.5 juta pekerjaan yang berasaskan TVET yang akan diwujudkan menjelang tahun 2020, katanya.

Beliau berkata komuniti setempat juga berpeluang untuk mengikuti kursus jangka pendek dalam pelbagai bidang kemahiran seperti membuat kuih, solekan dan menggunting rambut, bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka.

Kolej Komuniti Rantau Panjang adalah kolej komuniti yang ke-99 di negara ini, menawarkan program sepenuh masa iaitu Sijil Perkhidmatan Logistik bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Jusoh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

73 Usahawan Belia Bera Terima Motosikal Percuma

Next Post

Malaysia Tidak Selamat Jika Hindraf Calon PRU

Related Posts

100 Biasiswa Menteri Untuk Pelajar Terbaik Politeknik

25/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi ditawarkan kepada pelajar cemerlang politeknik yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan...

Saudi Tawar 300 Biasiswa Pelajar Cemerlang Malaysia

05/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi menawarkan 300 biasiswa kepada pelajar Malaysia yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia...

Next Post

Malaysia Tidak Selamat Jika Hindraf Calon PRU

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd