• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Nafi Dakwaan Rafizi Konon Polis Sekat Calon PKR

oleh
29/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIDAS… Polis menyifatkan dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bahawa calon parti itu dihalang polis ketika proses penamaan calon sebagai amat tidak berasas.

Menurut beliau, kebenaran untuk setiap bakal calon dapat memasuki pusat penamaan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Pegawai Pengurus (RO) daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri.

Sebaliknya Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya hanya berperanan dalam menjaga aspek keselamatan dan ketenteraman awam di semua 222 buah pusat penamaan calon di seluruh negara.

“Mengenai isu bakal calon Dr. Streram Sinnasamy, dia didapati tidak memiliki pas keselamatan dikeluarkan SPR, sekali gus pihak polis tidak boleh membenarkannya masuk ke kawasan pusat penamaan di Dewan Sri Rembau.

“Tindakan dilakukan pegawai dan anggota polis yang ditugaskan mengawasi semua pusat penamaan calon adalah berdasarkan arahan diberikan oleh SPR sendiri,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kenyataan Rafizi mendakwa polis menghalang calon terbabit untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Dewan Seri Rembau, Negeri Sembilan, hari ini, sebenarnya tidak berasas.

“Kami tidak teragak-agak memanggil atau mengambil tindakan terhadap pihak yang terus menyebarkan dakwaan tidak berasas seperti ini jika ia berterusan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Saya tidak dapat mengulas lebih terperinci mengenai perkara itu namun ingin saya tegaskan dakwaan polis melakukan halangan terhadap calon adalah tidak betul,” kata Mohamad Fuzi.

Mengulas mengenai situasi di seluruh negara sepanjang proses penamaan calon selama sejam bermula jam 9 pagi, beliau menyifatkan tiada insiden buruk dan semuanya adalah berjalan lancar.

“Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada calon, pengiring dan penyokong setiap parti bertanding kerana dapat mewujudkan suasana aman dan harmoni dalam proses hari ini,” katanya. – Agensi/HAA

Tags: Rafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Khalid Samad Berdepan Saingan Sengit Di Shah Alam

Next Post

Sokongan Buat Bung, Zizie ‘Berkampung’ Di Sabah

Related Posts

Takrifan Pengelasan T15 Dijangka Umum Suku Pertama Tahun Depan – Rafizi

Takrifan Pengelasan T15 Dijangka Umum Suku Pertama Tahun Depan – Rafizi

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Pengelasan kategori pendapatan T15 yang akan dikecualikan daripada beberapa subsidi kerajaan termasuk petrol dijangka dimuktamadkan suku pertama tahun...

Kerajaan Teliti Keperluan Rasionalisasi Subsidi RON95 – Rafizi

Kerajaan Teliti Keperluan Rasionalisasi Subsidi RON95 – Rafizi

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang meneliti keperluan rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Menteri Ekonomi,...

Next Post

Sokongan Buat Bung, Zizie 'Berkampung' Di Sabah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd