• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokongan Kaum Cina Kepada BN Semakin Kuat – MCA

oleh Ahmad Albab
31/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN) kini semakin positif dan kuat, kata Ketua Pemuda MCA Pusat Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata kaum itu kini sedar bahawa hanya BN sahaja yang mampu memberikan khidmat terbaik kepada mereka meskipun gabungan tersebut sering dikritik dan ditohmah pembangkang dengan pelbagai isu yang sebenarnya bertujuan mencipta persepsi buruk.

“Pengundi sudah boleh menilai pimpinan kerajaan negeri di Selangor dan Pulau Pinang yang banyak isu timbul sepanjang pemerintahan pihak berkenaan.

“Kebanyakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum Cina termasuk di Seremban telah menunjukkan sokongan penuh terhadap BN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program E-Sport Mobile Legend di sini, hari ini.

Menyentuh isu kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya, Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, berkata ia tidak memberi perubahan yang besar kerana hanya melibatkan perubahan tempat mengundi bagi pemilih serta pertukaran nama beberapa kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ini sesekali tidak akan menjejaskan sokongan pengundi kepada BN… tetapi pembangkang akan cuba bermain emosi dengan perkara ini untuk menimbulkan kebencian masyarakat dengan mendakwa pelbagai perkara seperti ia diadakan untuk memberi kelebihan kepada BN.

“Ia tidak benar. Kajian semula persempadanan ini tidak melibatkan pertambahan kerusi pun,” katanya.

Pada Khamis lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengeluarkan titah perintah untuk menguatkuasakan Perintah Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya) (Negeri-Negeri Tanah Melayu) 2018.

Usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Mac lepas dan menerima sokongan 129 anggota parlimen berbanding 80 yang menolak.

Laporan kajian semula persempadanan itu mengesyorkan tiada pertambahan kerusi bagi kawasan Parlimen dan DUN bermakna kerusi Parlimen dan DUN masing-masing kekal pada 222 dan 587.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga mengesyorkan perubahan nama pada 12 kawasan Parlimen dan 28 kawasan DUN di Semenanjung Malaysia dan kali terakhir kajian semula persempadanan itu diadakan pada 2003. – BERNAMA

Tags: Kaum CinaPemuda MCA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong: Pegawai Muda Proaktif Rancang Masa Depan ATM

Next Post

Kehadiran Besar Tapi Rakyat Tetap Pilih BN

Related Posts

“Orang Muda Dah Tak Reti Tulis Jawi”

17/09/2021
0

KUALA LUMPUR - "Jawi adalah sebahagian bahasa kita, orang Malaysia patut tahu, sayang sekali ramai anak muda hari ini sudah...

MCA Buka Keahlian Kaum Lain, Turunkan Usia Keanggotaan

02/12/2019
0

KUALA LUMPUR - MCA meminda perlembagaannya bagi membenarkan kalangan bukan kaum Cina menjadi anggota ahli bersekutu parti itu, di samping...

Next Post

Kehadiran Besar Tapi Rakyat Tetap Pilih BN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd