• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizulhasni Mahu Tebus Dalam Acara Pecut 200M

oleh Ahmad Albab
03/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAGUH berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang bertekad menebus kekecewaan apabila turun bertanding dalam acara 200m pecut pada Kejohanan Trek Berbasikal Dunia UCI 2018 di Apeldoorn, Belanda pada Sabtu.

“Sabtu ini merupakan acara terakhir saya iaitu 200m pecut dan saya bertekad memberikan persembahan terbaik dalam acara ini.

“Saya mengharapkan anda memberikan sokongan dan mendoakan kejayaan saya,” jelas Mohd Azizulhasni dalam laman Instagrammya, @azizulawangofficial.

Terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman‘, beliau gagal mempertahankan gelaran juara dunia acara keirin selepas terkandas di pusingan penyisihan (repechage) pada lewat Khamis.

Terdahulu, pada saringan keenam di pusingan pertama, Mohd Azizulhasni berada pada kedudukan ketiga dengan saingan dimenangi pencabar dari Columbia, Fabian Hernando Puertas Zapati yang meraih tiket automatik ke pusingan kedua.

Ia memaksa The Pocket Rocketman mengharungi saingan repechage dan perlu muncul juara untuk layak ke pusingan kedua.

Sementara itu, mengulas mengenai kekalahannya dalam acara keirin, atlet di bawah Program Podium itu mengakui sedikit terkesan dengan cuaca sejuk yang melampau sejak tiba di Belanda.

“Bukan hendak memberi alasan tapi cuaca sejuk melampau serta dijangkiti demam viral sejak tiba di Belanda, beberapa hari lepas telah menjejaskan persembahan saya pada kali ini.

“Saya dapat rasakan kayuhan saya merosot berbanding ketika Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini,” katanya.

Selain itu, Mohd Azizulhasni berkata beliau turut mengalami kemalangan ketika sesi pemanas badan apabila tayar basikalnya tergelincir daripada kawasan kayuhan sebelum bermulanya acara keirin. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penangan Apple, Ribuan Kecoh ‘Serbu’ MyTown Cheras

Next Post

PRU14: Tahap Siap Siaga Polis Pada 99.9 Peratus

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

Next Post

PRU14: Tahap Siap Siaga Polis Pada 99.9 Peratus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd