• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak Laku Keras Di NYC!

oleh AK-47
27/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INGAT lagi iklan ubat batuk yang cukup popular bagi kanak-kanak yang membesar pada zaman 90-an iaitu ubat batuk Cap Ibu dan Anak?

Setiap kali dipaksa untuk ‘menelan’ ubat itu, pasti ianya menjadi igauan ngeri kerana rasanya yang berherba dan bertekstur likat seperti kicap pekat!

Namun, tahukah anda ubat batuk bernama Nin Jiom Pei Pa Koa ini sedang laris di pasaran New York, Amerika Syarikat?

Mula menjadi popular selepas sebuah artikel di dalam akhbar Wall Street Journal menyiarkan tentang kemujaraban ubat batuk ini, Pei Pa Koa kini menjadi uba batuk paling dicari oleh masyarakat di kota metropolitan itu.

Segalanya bermula apabila Alex Schweder, seorang arkitek dan profesor reka bentuk di Institut Pratt, mengalami batuk-batuk yang teruk selama 10 hari namun ‘kebah’ hanya selepas 15 minit mengambil ubat batuk tersebut.

Schweder diperkenalkan kepada Pei Pa Koa itu oleh teman wanitanya yang tahu tentang ubat itu semasa dia tinggal di Hong Kong 30 tahun lalu.

Schweder terkejut dengan kesan ‘magis’ ubat batuk itu dan mula mengesyorkan produk itu kepada semua kenalannya. Tidak lama kemudian, Pei Pa Koa mula popular di kota New York!

Malah, pengilang ubat batuk tradisional Cina berasaskan herba dan madu itu iaitu Kingworld Medicines Group melaporkan bahawa saham mereka meningkat 25 peratus selepas produk mereka mula mendapat tempat di AS.

Permintaan terhadap Pei Pa Koa begitu tinggi sehingga ianya dijual pada harga melambung iaitu US$70 (RM273.85) bagi sebotol yang berkandungan 300ml, lapor Wall Street Journal lagi.

Selain di toko ubat tradisional Cina di Chinatown, ubat batuk itu turut dijual melalui platfrom dalam talian laman web gedung Walmart pada harga US$13.29 (RM60) sebotol.

Bayangkan, ubat batuk yang ibu-ibu kita terpaksa ‘bancuh’ dengan air sejuk dahulu semata-mata mahu kita mudah menelan ubat tersebut kini menjadi komoditi hangat di AS. Selepas ini produk Asia apa pula yang jadi tular di sana ya? – MYNEWSHUB.CC

Tags: new yorktrendingubat batuk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bimbang AS Percepat Pindah Kedutaan Ke Baitulmuqaddis

Next Post

Tun M, Khairudin Gagal Kemuka Rayuan Saman Awam

Related Posts

Tok Mat Tiba Di New York Hadiri UNGA ke-79

Tok Mat Tiba Di New York Hadiri UNGA ke-79

22/09/2024
0

NEW YORK - Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di New York, Amerika Syarikat bagi mewakili Malaysia dalam...

Mahkamah Putuskan Telekung Suqainah Lite Tiru Telekung Siti Khadijah Harmoni

New York Saman TikTok, FB Punca Krisis Kesihatan Mental Remaja

16/02/2024
0

NEW YORK - New York memfailkan saman terhadap platform media sosial utama seperti TikTok, Facebook, Snapchat dan YouTube kerana didakwa...

Next Post

Tun M, Khairudin Gagal Kemuka Rayuan Saman Awam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd