• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Hasil Vaksin Meningitis Tanpa Sumber Haiwan

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AJ Biologics Malaysia (AJB Malaysia), syarikat pengeluaran vaksin tempatan akan menjalin kerjasama dengan Hilleman Laboratories (HL) dan AJ Vaccines (AJV) untuk menghasilkan vaksin meningitis tanpa sumber haiwan yang pertama di dunia.

Ketua Pegawai Operasi AJB Malaysia, Jerome Cabannes berkata ciri tanpa sumber haiwan bagi vaksin itu berkeupayaan untuk menembusi pasaran halal di negara ini, dan seterusnya di dunia.

“Ini akan membuka peluang bagi negara ini untuk memenuhi keperluan vaksin meningococcal, terutama bagi pasaran halal sedunia dan industri ibadah haji. Kami berhasrat untuk memperkembang vaksin ini di Malaysia, pasaran Timur Tengah dan seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Meningococcal meningitis ialah suatu jenis jangkitan bakteria meningitis yang menyebabkan keradangan selaput otak dan saraf tunjang, dan sekiranya tidak dirawat, berkemungkinan membawa kematian sehingga 50 peratus dan lebih 10 peratus kemungkinan kecacatan parah akibat kepekakan dan gangguan fungsi otak.

Katanya, vaksin baru yang disasar untuk menangani lima jenis golongan bakteria akan memudahkan usaha pencegahan penyakit meningitis bagi orang ramai, terutamanya para pelancong.

Menurut Jerome melalui kerjasama itu, HL dan AJV akan menyumbang kepada pengetahuan teknologi dan kepakaran yang diperlukan untuk menghasilkan vaksin berkenaan dengan fasa pertamanya membuat penyelidikan klinikal yang bermula pertengahan tahun ini.

“AJB bertujuan untuk mengalihkan proses penghasilan vaksin kepada tapak-tapak pengeluaran, termasuk kilang pengeluaran vaksin pertama itu yang masih dalam proses pembinaan di Bandar Enstek, Negeri Sembilan,” katanya.

HL yang beribu pejabat di India, merupakan syarikat usahasama antara syarikat farmaseutikal Merck & Co (atau MSD di luar Amerika Syarikat dan Kanada) dan Wellcome Trust, iaitu sebuah yaysan amal antarabangsa yang ditubuhkan khas menjaga kesihatan manusia dan haiwan. – BERNAMA

Tags: Vaksin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isteri Curang Kerana Suami Tak Terlayan Nafsu Melampau

Next Post

Lambakan Kondom, Maryam Lee Dibogelkan Di Indonesia

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

12/10/2022
0

KOTA BHARU - Seorang pekerja bank menfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu...

Next Post

Lambakan Kondom, Maryam Lee Dibogelkan Di Indonesia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd