• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keletah Ajwad Tak Mungkin Dilupakan – Bapa Saudara

oleh Ahmad Albab
13/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – “Ajwad nak mainan, Ajwad nak mainan,” keletah dan kata-kata yang sering diucapkan Muhammad Abu Ajwad Muhamad Abu Dujannah, 4, tidak akan dapat dilupakan bapa saudaranya Nizammuddin Dzulkarnain, 31, buat selama-lamanya.

Muhammad Abu Ajwad meninggal dunia bersama-sama bapanya Muhamad Abu Dujanah Dzulkarnain, 30, ibunya Zinnirah Abdul Hamid, 28, serta dua beradik lain Nur Maghfirah, 6, dan Nur Alia Humairah, tiga bulan, dalam kemalangan di sini semalam.

Seorang lagi adiknya yang terlibat kemalangan sama Nur Ghaziyah Athirah, 3, kini dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Segamat di sini.

Baca: 5 Maut Nahas Bas Ekspres, Kereta Di Jalan Segamat

Nizammuddin berkata anak saudaranya itu seorang kanak-kanak periang serta rapat dengan saudaranya yang lain dan kali terakhir beliau bertemu dengan keluarga itu kira-kira dua minggu lepas serta merancang untuk bertemu minggu ini pada majlis kenduri kahwin di kampungnya.

“Ajwad nak mainan, Ajwad nak mainan yang anak saudara saya cakap selalu bermain dalam memori saya (sejak pemergiannya) yang saya tak akan dapat lupakan sampai bila-bila. Saya juga tak sempat dukung baby (Nur Alia Humairah) masa berjumpa kerana masa itu saya tidak sihat, Allah sudah tentukan segala-galanya,” kata anak sulung daripada 11 beradik itu dengan sebak kepada pemberita di Hospital Segamat di sini, hari ini selepas menuntut jenazah lima sekeluarga itu.

Muhamad Abu Dujanah seorang peniaga, yang merupakan anak kedua daripada 11 beradik, maut bersama isteri dan tiga anaknya dalam kemalangan di Km 176 Jalan Johor Bahru-Seremban di sini pukul 6.30 petang semalam.

Nizammuddin bekerja sebagai buruh berkata beliau mengetahui tentang kejadian itu semalam apabila melihat gambar kereta adiknya dalam kemalangan itu yang tular dalam laman Facebook sebelum bertindak menghubungi emaknya untuk mengetahui di mana adiknya berada.

“Dapat tahu pukul 6 lebih… ayah saya kemudian telefon balai polis dan polis sahkan itu kereta adik saya. Masa itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya, tak dapat fikir apa, kata apa, nak pengsan pun ada. Allah lebih sayangkan mereka,” katanya dengan linangan air mata.

Dzulkarnain Yusoh, 55, anaknya itu ketika kejadian dalam perjalanan dari rumah mentuanya di Muadzam Shah, Pahang menuju ke rumahnya di Kluang.

“Keluarga besan nak tengok cucu yang baru lahir itu (Nur Alia Humairah), jadi dalam perjalanan pulang itu berlaku kejadian itu. Saya harap semua dapat doakan cucu saya (Nur Ghaziyah Athirah) semoga dia cepat sembuh dan terus kuat (hadapi dugaan ini),” katanya.

Sementara itu, adik Muhamad Abu Dujanah, Shuwaibatul Aslamiyah berkata abangnya itu seorang yang cepat mesra dan suka bergurau dengan adik beradiknya.

“Angah adalah abang yang paling kuat menyakat dan suka bergurau dengan kami. Sampai satu tahap dia berseloroh, kalau dia tiada nanti, kami akan rindu padanya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Mengkibol.

Kali terakhir dia bertemu abangnya sekeluarga adalah Ahad lepas di Kuala Lumpur ketika mereka bercuti bersama-sama.

“Ayah juga pesan kami adik beradik supaya jangan menangis depan mak,” kerana menurutnya ibunya amat sedih dengan tragedi itu.

Ridzuan Malek pula berkata arwah merupakan seorang sahabat yang pendiam tapi cepat mesra serta selalu membantu ibu bapanya yang mengusahakan kedai makan.

“Arwah juga pernah memberitahu hasratnya untuk membeli rumah di Kluang,” katanya dan menambah arwah juga gemar dengan aktiviti permotoran street cub. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd