IA merupakan saat yang menyedihkan apabila seorang remaja berusia 14 tahun yang sedang sakit tenat meminta ibu bapanya supaya menamatkan rawatan penyakit.
Ini kerana keluarganya terpaksa berhutang agak besar semata-mata untuk membiayai kos rawatan itu.
Li Xiaoqing, yang menghidap penyakit hepatoblastoma, iaitu sejenis kanser hati itu juga meminta ibu dan bapanya yang miskin itu supaya melepaskannya.
“Tolong lepaskan saya. Saya tidak mahu menjadi beban,’’ katanya. Penyakitnya itu dikatakan sudah sampai ke tahap empat dan dia disahkan menghidap kanser itu sejak 2014.
Dia dan keluarganya berasal dari Nanle, China. Li tinggal bersama ibu bapa, abang, adik perempuan serta datuk dan neneknya di ladang.
Doktor di hospital berhampiran rumahnya telah memaklumkan kepada keluarganya bahawa mereka tidak mampu merawat penyakitnya disebabkan sumber perubatan yang terhad dan mencadangkan keluarga itu mendapatkan rawatan di hospital di Beijing.
Ibu bapa Li kemudiannya membawa dia ke hospital di Beijing, sejauh 510 kilometer dan memakan masa lima jam perjalanan.
Selepas pemeriksaan oleh doktor di Hospital Kanak-kanak Beijing, mereka memaklumkan bahawa tumornya terlalu besar dan dia hanya boleh dibedah jika tumor itu mengejut.
Untuk itu, mereka perlu menjalani rawatan kimoterapi. Li telah menjalani lima kali rawatan itu namun keadaannya semakin teruk.
Keluarganya telah menghabiskan kira-kira RM181,000 untuk rawatannya. Pada 21 November lalu, Li dimaklumkan bahawa dia perlu menjalani kimoterapi lagi.
Melihat kepada ibu bapanya yang menangis disebabkan mereka sudah kehabisan wang, Li memberitahu bapanya dia tidak mahu lagi menjalani kimoterapi.
“Tanpa saya, kamu masih ada abang dan adik,’’ katanya. Kata-kata Li itu menyebabkan ramai yang tersentuh. Bagaimanapun ibu bapanya enggan menyerah sebaliknya terus berusaha mendapatkan duit untuk anak mereka.
Berikutan itu saya kempen memungut derma telah diadakan oleh sukarelawan dan sasaran derma adalah sebanyak RM300,000. – MYNEWSHUB.CC