• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran Haji Kekal, Tidak Membebankan Rakyat

oleh AK-47
07/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) perlu menanggung subsidi hampir RM400 juta, bagi musim haji tahun depan (1439H/2018M), dalam usaha mengekalkan bayaran RM9,980 kepada setiap jemaahnya.

Subsidi itu meningkat berbanding RM300 juta bagi musim lalu, susulan peningkatan kos sebenar sebanyak 15 peratus, menyebabkan kos haji naik kepada RM22,450 seorang, berbanding RM19,550 pada musim lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah, berkata pengekalan bayaran haji RM9,980 yang dilaksanakan sejak 2009 itu adalah inisiatif kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat, khususnya umat Islam negara ini untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

Beliau berkata, subsidi haji hampir RM400 juta yang ditanggung adalah tanggungjawab sosial korporat terbesar TH, bagi mendukung aspirasi kerajaan mengimbangi keunggulan duniawi dan ukhrawi.

“Ia selaras hasrat kerajaan supaya lebih ramai umat Islam negara ini dapat menunaikan ibadah haji dengan kos yang tidak membebankan.

“Subsidi haji yang akan diberikan kepada seorang jemaah haji muassasah kali pertama ialah sebanyak RM12,470 iaitu 56 peratus daripada kos haji, manakala jemaah haji hanya perlu membayar RM9,980 iaitu 44 peratus daripada kos haji,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, TH menjelaskan bayaran haji itu adalah kos yang paling rendah di Asia Tenggara dengan kemudahan perkhidmatan yang disediakan secara percuma oleh TH sepanjang menunaikan ibadah haji.

Menurut kenyataan itu, demi kebajikan serta keselesaan jemaah haji, pelbagai kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh TH di Tanah Suci dan tanah air di tambah baik tanpa sebarang bayaran tambahan seperti perkhidmatan kesihatan, kaunseling, bimbingan dan kewangan.

“Kerajaan yang sentiasa cakna dalam memartabatkan syiar Islam memberikan sokongan yang berterusan kepada TH melalui kerjasama kukuh dimeterai dengan pelbagai agensi kerajaan lain sejak penubuhannya bagi memudahkan rakyat dalam melaksanakan ibadah haji,” menurut kenyataan itu.

TH sudah memulakan proses penghantaran surat tawaran menunaikan haji secara berperingkat bermula Isnin lalu.

Sehubungan itu, bakal haji yang berada dalam penggiliran kuota haji bagi tahun 1439H/2018M dan 1440H/2019M dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat peribadi seperti alamat dan nombor telefon masing-masing dengan segera.

INFO

* TH tanggung subsidi RM12,470 setiap jemaah musim haji tahun depan

* TH tanggung subsidi RM9,570 setiap jemaah musim haji lalu

– BH ONLINE

Tags: Haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mereka Di Dataran Merdeka! Ada Banjir Ke Di Situ?

Next Post

Makmal Mini Proses Dadah Dibongkar, 3 Sekeluarga Diberkas

Related Posts

Pengeluaran Akaun 1 KWSP Tak Dibenarkan Walaupun Untuk Haji

Pengeluaran Akaun 1 KWSP Tak Dibenarkan Walaupun Untuk Haji

28/10/2024
0

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak membenarkan sebarang pengeluaran daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk tujuan menunaikan haji bagi...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

Next Post

Makmal Mini Proses Dadah Dibongkar, 3 Sekeluarga Diberkas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd