• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zamihan Pohon Maaf Kepada Sultan Selangor

oleh Ahmad Albab
17/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr. Zamihan Mat Zin memohon maaf terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan akur dengan pelucutan tauliahnya oleh baginda semalam.

Zamihan dalam kenyataannya di sini hari berkata sebagai rakyat biasa, beliau menghormati keputusan yang diambil Sultan Sharafuddin sebagai waliyyul amri ataupun seorang pemerintah.

“Saya sekali lagi merafak sembah memohon maaf terhadap Tuanku Sultan, sekiranya terguris hati dengan tutur kata saya ketika menyampaikan ceramah agama. Sesungguhnya saya selaku rakyat biasa tiada niat untuk menghina institusi diraja melainkan hanya tanggungjawab menyebarkan syiar Islam,” katanya.

Semalam Sultan Sharafuddin berkenan supaya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar Zamihan serta membatalkan keanggotaannya dalam Jawatankuasa Tauliah negeri itu.

Zamihan bagaimanapun berkata beliau akan terus berkhidmat dengan cara dan di tempat yang sesuai.

“Sesungguhnya perjuangan ataupun dakwah Islam tidak pernah terhenti,” katanya.
​​​​​​​
Beliau juga menyeru semua pihak supaya menghentikan adu domba dan sikap ingin melaga-lagakan sesama umat Islam, sebaliknya memberi fokus kepada menolak ancaman dan tipu daya golongan yang benci kepada agama Islam dan umat Islam yang sememangnya suka melihat umat Islam bercakaran dan berpecah sesama sendiri.

Zamihan yang juga merupakan pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebelum ini ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman dan mengkritik institusi diraja.

Beliau yang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu lepas. – BERNAMA

Tags: Dr Zamihan Mat Zin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 60,000 Telur Penyu Diselamatkan Di Honduras

Next Post

Ketua Pesuruhjaya SPRM Digesa Kekal Teguh

Related Posts

Bercakap Hak Islam, Melayu Pula Dianggap Rasis?

21/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) mempersoalkan mengapa umat Islam dan orang Melayu negara ini dianggap rasis...

Persidangan Ajaran Sesat Di Sabah?

11/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu seminar persidangan sedunia anjuran fahaman ilmu syahadah dan zikir nafas yang didakwa telah difatwakan sebagai haram...

Next Post

Ketua Pesuruhjaya SPRM Digesa Kekal Teguh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd