• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukuk Hijau Reen Alternatif Pembiayaan Terbaik

oleh AK-47
12/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sukuk patuh Syariah merupakan satu lagi pilihan terbaik bagi membiayai pelaburan teknologi hijau dalam tenaga boleh baharu serta aset alam sekitar yang lain, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.

Beliau berkata industri teknologi hijau akan terus dipertingkat jika projek pembiayaan adalah berasaskan ‘sukuk hijau’.

“Sukuk hijau, dengan pulangan minimum kira-kira empat peratus, merupakan pilihan murah yang boleh ditimbang oleh penggiat pasaran, selain memohon pembiayaan menerusi Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS),” katanya pada sidang media di luar Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau dan Eko-Produk Antarabangsa (IGEM 2017) kelapan di sini hari ini.

Selain sektor tenaga solar yang popular, yang memberikan keuntungan pendapatan yang stabil, Ongkili berkata Malaysia dijangkakan menerbitkan lebih banyak sukuk bagi membiayai projek-projek infrastruktur mesra alam dalam bidang lain seperti mobiliti dan sisa, termasuk biojisim dan biogas.

Menteri itu berkata terbitan dua sukuk hijau baru-baru ini merupakan kejayaan penting dalam inovasi produk yang mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran pembiayaan Islam utama selain kedudukan nilai sebagai pusat pembiayaan mampan.

Tadau Energy Sdn Bhd dan Quantum Solar Park Semenanjung Sdn Bhd menjadi entiti pertama dan kedua di dunia ini yang menerbitkan sukuk hijau, masing-masing bernilai RM250 juta dan RM1 bilion, menerusi rangka kerja yang disahkan oleh Pusat bagi Kajian Iklim dan Alam Sekitar Antarabangsa di Oslo, Norway.

Sukuk ialah bon Islam yang mampu menjana pulangan kepada pelabur dan mematuhi undang-undang Syariah Islam, yang melarang riba. Sukuk menjual sijil, dengan keuntungan digunakan untuk membeli aset milik bersama pembeli dan penjual.

Sementara itu, Ketua Setiausaha KeTTHA Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata sukuk mampu memacu teknologi hijau memandangkan rangka kerja industri itu di negara ini sudah dibangunkan dengan baik.

“Komuniti perniagaan kini yakin ke atas rangka kerja terbabit.

“Pemilik bank dan pelabur sudah dapat menjangkakan jenis pemilikan ekuiti yang mahu mereka sertai dalam pelaburan hijau di negara ini. Ia sangat jelas,” katanya kepada Bernama.

Mengenai GTFS, Zaini berkata industri hijau tempatan memerlukan pembiayaan sehingga RM1.7 bilion tahun depan.

“Kami berharap dalam Bajet 2018 nanti GTFS akan disebut. Kami sudah menyatakan kepentingan kami bahawa industri itu memerlukan kira-kira RM5 bilion dalam tempoh lima thun akan datang, bermula tahun depan,” katanya.

Skim GTFS yang diperkenal pada 2010 menerusi pembiayaan RM3.5 bilion yang pada dasarnya dijadual berakhir pada Disember 2017, menawarkan jaminan 60 peratus jumlah pembiayaan dan rebat dua peratus (oleh kerajaan) ke atas kadar faedah/keuntungan yang dikenakan oleh institusi kewangan, bagi meningkatkan peluasan dalam pelaburan hijau. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd