• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pocket Park’ Bawa Pengunjung Jalan Kaki Terokai KL

oleh AK-47
03/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ‘Pocket Park’ atau dikenali sebagai ‘hutan bandar’ mini bakal menjadi antara tarikan yang mampu membawa pengunjung meneroka ibu negara dengan hanya berjalan kaki.

Projek kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu diwujudkan di sekitar ibu kota bagi memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung sekali gus mengajak mereka memilih untuk berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam.

Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL Datuk Mahadi Che Ngah berkata sasaran projek ini adalah untuk memaksimumkan penggunaan ruang awam sebagai taman mini yang menyegarkan dan memberi keselesaan sekali gus memperbanyakkan kawasan hijau di pusat bandar.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata pada masa ini, projek yang dihiasi dengan kehijauan spesies flora hutan itu sudah siap dibangunkan di tiga lokasi iaitu di Laman Tun Perak, Laman Sultan Ismail dan Laman Medan Tuanku.

“Selain itu tujuh lagi lokasi yang sudah dikenal pasti antaranya di Taman Ain Arabia, Dataran DBKL dan Jalan Silang, masih di peringkat reka bentuk dan kesemuanya dijangka siap tahun depan

Dalam masa yang sama, kita juga cuba memperluaskannya ke lokasi berpotensi yang lain dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar hijau,” katanya.

Dalam pembinaan hutan bandar itu, Mahadi berkata pihaknya juga menitikberatkan elemen rangkaian pejalan kaki yang mampu menghubungkan ‘Pocket Park’ dengan struktur ikonik yang terdapat di Kuala Lumpur.

“Pejalan kaki boleh melepaskan penat seketika dalam suasana kesegaran hutan tropikal. Jika ramai memilih untuk berjalan kaki dan pengangkutan awam, jumlah kenderaan yang memasuki pusat bandar juga diharap berkurangan pada masa depan.

Sebelum Pocket Park dibangunkan, DBKL akan mengadakan sesi ‘place-making’ dan ‘public engagement’ khusus bagi mengambil kira pendapat masyarakat mengenai pilihan ciri dan konsep taman itu yang diputuskan mengikut keperluan dan pandangan mereka,” katanya.

Mahadi berkata pembinaan laluan pejalan kaki di sekitar taman hijau itu perlu menepati piawaian reka bentuk yang ditetapkan selain mengutamakan ciri-ciri keselamatan pengguna.

Beliau mengharapkan agar lebih banyak pihak khususnya syarikat swasta tampil bekerjasama dengan DBKL dalam mewujudkan ‘Pocket Park’ di sekitar ibu kota dan menjadikannya sebagai mercu tanda yang harus dikunjungi oleh setiap yang berkunjung ke Kuala Lumpur.

Justeru, beliau menasihati orang ramai khususnya warga kota supaya bersama-sama memelihara hutan bandar itu khususnya tahap kebersihan dan membanteras kegiatan vandalisme yang boleh menjejaskan usaha itu.

“Tugas untuk mengurus dan menyelenggara ruang-ruang taman di seluruh Kuala Lumpur adalah satu tugas yang amat berat. Memahami kapasiti DBKL yang terhad, tugas ini perlu dikongsi bersama dengan semua pihak di bandar ini khususnya daripada warga kota sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pocket Park
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jagung ‘Kurang Manis’ Sesuai Pesakit Kencing Manis

Next Post

“Siti Nurhaliza Sedar Dirinya Dirindui” – Rozi

Related Posts

‘Pocket Park’ Laman Lucky Tarikan Terbaru Di Bangsar

21/09/2018
0

KUALA LUMPUR - 'Pocket Park' Laman Lucky Garden bakal menjadi tarikan terbaru di Bangsar sebagai ruang beriadah yang dikelilingi tumbuhan-tumbuhan...

Next Post

"Siti Nurhaliza Sedar Dirinya Dirindui" - Rozi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd