• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neelofa Kongsi Pengalaman Di Forum Youth-UNDP

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK dua menjak ini, pelakon dan pengacara popular Neelofa sibuk berulang-alik ke luar negara sehinggakan ada yang mencadangkannya untuk membeli jet peribadi.

Jika sebelum ini dia ke Los Angeles, si jelita berusia 28 tahun itu dijemput untuk menghadiri sebuah acara di New York, sebelum berlepas ke Milan, Itali pula.

Jika anda merupakan salah seorang antara pengikutnya di laman Instagram, pasti anda tahu apa tujuan Neelofa ke New York baru-baru ini.

Ya, pelakon Nasi Lemak Kampung Santan ini telah diundang untuk menjadi panel bagi Program Belia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sana!

Pengacara porgram MeleTOP ini merupakan salah seorang panel bagi forum yang bertajuk ‘Cultural Diversity and The Power of Creativity’ dalam acara MiSK United Nations Development Programme (Youth-UNDP forum) yang diadakan pada Jumaat lalu.

“Pada persidangan program belia tersebut, saya jadi salah salah seorang panel. Saya banyak berkongsi tentang pengalaman dan bagaimana kita nak meraikan kepelbagaian budaya,” katanya dipetik laporan mStar Online.

The panel on cultural diversity and the power of creativity at the @Miskksa #UNDP ! ✨

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on Sep 16, 2017 at 2:04am PDT

Pengalaman yang ada pada dirinya sejak kecil akan menjadi perkongsian pelakon Suri Hati Mr. Pilot ini dalam forum tersebut.

Mana taknya, sejak kecil lagi pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor ini sudah banyak melihat negara orang.

Oleh itu, dialah selebriti yang paling layak untuk menceritakan pengalamannya di pentas tersebut.

“Antara pengalaman yang saya kongsi ketika usia saya 16 tahun pernah tinggal di rumah tumpangan di Jepun untuk 10 hari dan belajar serta menerima budaya mereka.

“Selain itu, saya akan cerita bagaimana saya pernah ambil jurusan perfileman di Los Angeles pada 2013,” tambahnya.

Menurutnya lagi, selesai sahaja acara yang berlangsung selama sehari itu, Neelofa akan terbang pula ke Milan bagi menghadiri acara yang dianjurkan oleh syarikat jenama kristal Swarovski.

Neelofa merupakan duta kepada jenama mewah itu.

Next ✈️- New York to Milan for @SWAROVSKI #MilanFashionWeek

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on Sep 16, 2017 at 7:16pm PDT

“Selesai sahaja program itu, saya terus ke Milan untuk menghadiri acara pertunjukan fesyen bagi koleksi musim panas/musim luruh dan makan malam dengan pihak kedutaan Malaysia di Itali,” ujarnya.

Bertuah kan menjadi seorang Neelofa? Sudahlah cantik, bijak pula tu!-MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: NeelofaYouth-UNDP Forum
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakan Pelajar Tahfiz Rindu Mengaji, Solat Bersama

Next Post

Hanya 202 Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

Next Post

Hanya 202 Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd