• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Tetapkan Harga Ikan Kembung

oleh AK-47
05/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk menetapkan harga runcit ikan kembung di dalam pasaran negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata perkara itu  masih di dalam peringkat perbincangan  kerana ianya perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk memastikan bekalan ikan kembung sentiasa mencukupi sepanjang tahun.

“Kita di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)  bagi meneliti perkara tersebut dalam pelbagai sudut.

Penilaian perlu dibuat dari pelbagai sudut lebih-lebih lagi melibatkan aspek penawaran dan permintaan. Dalam pasaran bebas apabila penawaran tinggi daripada permintaan ianya akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian  selepas hadir ke Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh hari ini. Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Katanya buat masa ini ikan kembung merupakan ‘tanda aras’ kepada ikan-ikan lain di pasaran .

Hamzah berkata dalam perbincangannya dengan MOA, beliau ingin jaminan bahawa bekalan ikan kembung mencukupi sepanjang tahun dan tidak hanya ada pada waktu-waktu tertentu sebelum ikan jenis itu boleh diumumkan sebagai barang kawalan.

“’Kita juga ingin tahu daripada MOA adakah kita mampu mendapat bekalan mencukupi dari luar negara ketika nelayan tempatan menghadapi kesukaran untuk menangkap ikan kembung,”katanya.

Beliau berkata sekiranya jawapan yang diterima masih samar-samar, pihaknya tidak dapat menjadikan ikan kembung sebagai ikan yang boleh dikawal harga.

Hamzah berkata perbincangan tersebut bukan hanya melibatkan perbincangan  antara kementerian dan agensi kerajaan , sebaliknya ianya turut sama membabitkan persatuan-persatuan yang mewakili pemborong, nelayan dan pasar borong dan mereka yang terlibat dalam industri ikan secara keseluruhannya. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah Zainudin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Biadab! Ramai Muslim Murtad Bangga Sertai Kelab Ateis KL

Next Post

Undang-Undang Kebebasan Maklumat Perlu Diperkenal

Related Posts

Hamzah Nafi Dakwaan Azmin, Tetap Balik Larut

06/05/2018
0

LARUT - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini menyelar Menteri Besar Selangor Datuk Seri...

Sokong Kerajaan Berhemah Demi Negara

20/04/2018
0

BATU KURAU – Rakyat diminta memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), yang terbukti...

Next Post

Undang-Undang Kebebasan Maklumat Perlu Diperkenal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd