• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DSV Kecewa Dilabel ‘Desperate’ Nak Berlaki

oleh
08/08/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHNIAH Dato’ Seri Vida! Kerana telah berjumpa dengan jejaka bermata kelabu seperti mana yang diidamkannya selama ini!

Bukan setakat itu sahaja, malah siap ada rupa persis bekas pemain bola sepak antarabangsa, David Beckham lagi. Haaa..Kelas! Kau hado?

BACA : DSV Sah Sudah Jumpa Jejaka Mata Kelabu

Di sebalik kebahagiaan itu, Vida tetap terkesan dengan komen-komen netizen sebelum ini yang melebel dirinya seolah-olah perempuan ‘desperate’ untuk berlaki.

Bagi menjawab semua persoalan dan kutukan tersebut, Vida telah memuat naik satu video di akuan Instagram miliknya baru-baru ini.

Video berdurasi seminit itu memaparkan Vida yang mengenakan busana dan tudung berwarna hitam sambil memegang handphone di tangan meluahkan rasa geram dan kecewa berikutan dakwaan yang dilemparkan oleh netizen terhadap dirinya.

“Nak populariti ke? Ingat saya gatai sangat ke nak laki? Saya nak fokus bisnes saya la…kalau ada jodoh pun, saya nak yang sanggup hidup dengan saya, bukan setahun dua je…tapi yang boleh didik anak…aturkan bisnes saya…bukan senang,” ujarnya menerusi laman Instagram.

Tambahnya lagi, pada dasarnya memanglah dia kelihatan gembira tetapi sudah menjadi lumrah wanita, sekuat mana pun seseorang itu pasti akan tewas juga pada satu ketika.

Vida meminta agar orang ramai berhenti menilai setiap apa yang dibuatnya. Sesungguhnya hanya Tuhan yang layak menilai siapa dirinya.

“Ingat saya gelak-gelak hepi sokmo, takde maruah ke? Kenapa saya marah? Sayang tahu kan… kalau nak ikutkan kuat memanglah saya kuat…boleh tempuhi isu ibarat nyamuk je ni…tapi HATI, hanya yang memahami akan cuba mengerti saya,” luahnya dengan rasa geram.

Video yang mendapat lebih daripada 174,000 tontonan itu secara tidak langsung menerima reaksi yang pelbagai daripada peminatnya di mana rata-rata mereka memintanya untuk terus bersabar.

Hmmm…Mulut orang ni bukan kita boleh tutup. Apa yang kita buat semua salah, Semuanya tak betul di mata mereka. Buat salah sudah tentunya salah, buat baik pun masih ada yang mengata.

Bersabar je la ya DSV! Apa-apapun tahniah sekali lagi diucapkan. Semoga jodoh kali ini berpanjangan hendaknya!

Kalau menjadi, jangan lupa jemput ya! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Tags: Datuk Seri Vidainstagrammengamuk
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nak Semuka Aliff, Wan Ariff Memang Mat Gentlemenlah!

Next Post

Cakoi Jadi Menu Tetap Sarapan McDonald’s Brunei

Related Posts

Wanita Mengamuk Ditegur Pengawal Keselamatan

Wanita Mengamuk Ditegur Pengawal Keselamatan

07/08/2023
0

KLANG – Gara-gara ditegur agar tidak meninggalkan anaknya dalam pasar raya membuatkan seorang wanita dipercayai kurang siuman mengamuk kepada pengawal...

Timb Menteri Minta FB, TikTok Padam Video Intim Remaja Bawah Umur

Timb Menteri Minta FB, TikTok Padam Video Intim Remaja Bawah Umur

07/04/2023
0

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata dia telah memaklumkan kepada Facebook dan TikTok untuk memadamkan video pasangan...

Next Post

Cakoi Jadi Menu Tetap Sarapan McDonald's Brunei

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd