• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Dalaman: Ahli UMNO Diingat Tak Ulangi Kesilapan

oleh Ahmad Albab
08/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli UMNO diingatkan tidak mengulangi kesilapan yang boleh menimbulkan krisis dalam parti seperti dua tahun lalu.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata peristiwa di mana beberapa pemimpin dan ahli UMNO dipecat dan keluar daripada parti perlu menjadi iktibar kepada semua anggota parti keramat itu.

“Jika kita ingat dua tahun lalu, perjalanan parti bukan mudah. Sudah bernafas selesa sikit kita diduga termasuk timbalan presiden tinggalkan parti.

“Anggota kita keliru mahu pilih kawan ataupun parti, tetapi kekeliruan, kegusaran dan ketidaktentuan itu sudah berlalu, nyata anggota meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan individu,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepong, di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO merangkap Ketua Wanita UMNO Kepong Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Hishammuddin berkata beliau agak lega apabila ‘mood’ mesyuarat perwakilan tahun ini lebih tenang apabila segala kekeliruan dapat dijelaskan kepada akar umbi.

Katanya ‘mood’ ini merupakan petanda baik membolehkan anggota UMNO fokus pada gerak kerja pilihanraya umum (PRU) yang akan datang bagi memastikan kemenangan tetap berpihak pada Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, beliau menegaskan sokongan anggota sahaja tidak menjamin kemenangan malah perlu berusaha terus meraih sokongan rakyat.

“Seronok kita-kita sahaja bukan jaminan kita boleh menang. Dengan kelebihan ‘mood yang ada kini bukan hanya berkisar pada kemenangan tetapi isyarat memenangi hati pengundi,” katanya.

Sementara itu, Shahrizat dalam ucapannya mengulangi hasrat memperjuangkan sasaran 30 peratus calon-calon wanita dalam PRU14.

“Kita percaya Datuk Seri Hisham (Hishammuddin) boleh bisik-bisik kepada presiden supaya letakkan lebih ramai calon wanita dalam PRU kali ini,” katanya.

Katanya lagi sayap Wanita menegaskan pendirian memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga berharap suara wanita akan didengari menjadi sebahagian wadah dalam Transformasi Nasional 2050. – BERNAMA

Tags: Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anis Al-Idrus Sah Jadi Isteri Mohd. Rafzan

Next Post

Kedah, Perak Teruskan Rentak Kemenangan

Related Posts

UMNO, BN Tetap Sokong Kerajaan Sedia Ada

30/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia ada di sebalik kemelut serta ketidakstabilan politik ketika...

SUA Hishammuddin Buat Laporan Polis Susulan Surat Palsu

24/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat susulan surat palsu yang mengaitkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon...

Next Post

Kedah, Perak Teruskan Rentak Kemenangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd