• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Air Mineral Shell Kesal ‘Diraba’ Dalam Poster

oleh AK-47
03/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MODEL botol air mineral di stesen minyak Shell, Nor Shafila Khairusalleh, kesal dengan tindakan segelintir kumpulan lelaki yang ‘mencabul’ gambar posternya dengan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar.

Wanita berusia 25 tahun itu tidak menyangka gambar posternya yang dibertujuan menceriakan pelanggan diperlakukan sedemikian rupa sehingga mencetuskan rasa kurang senang dirinya dan suami.

“Selama ini saya tidak mengambil serius apabila ada segelintir pelanggan lelaki melakukan aksi-aksi seperti mencium, mencuit hidung atau memeluk poster itu ketika bergambar.

“Namun ada beberapa lelaki yang bertindak keterlaluan menyebabkan saya berasa malu dan sedikit marah kerana ia agak keterlaluan.

“Kalau usik sikit-sikit seperti tutup mata, tarik hidung atau peluk pun saya boleh terima sebab ia hanyalah poster. Tapi kalau ke arah mencabul atau seks, saya anggap ia melampau.

“Mungkin mereka mahu bergurau tetapi saya rasa segan sebab itu diri saya walaupun ia hanya sekeping gambar,” katanya memetik mStar Online.

Nor Shafila juga mendedahkan suaminya juga kurang selesa melihat posternya diperlakukan seperti itu tetapi bersyukur kerana beliau memahami situasi sebenar.

“Nak marah sangat pun tak patut sebab ia hanya gambar. Kalau tak bagi sentuh langsung, lebih baik jangan bergambar dari awal. Cuma saya berharap jangan ada individu yang bergambar seperti itu lagi selepas ini.

“Boleh bergurau tetapi janganlah sampai jadi viral yang negatif. Memang ramai yang suruh buat laporan polis atau saman tetapi saya rasa biarlah saya maafkan saja mereka.

“Tetapi kalau selepas ini ada lagi yang sengaja bergambar yang bukan-bukan semata-mata mahu viral, mungkin saya akan fikir buat sesuatu,” katanya.

Nor Shafila mula dikenali ramai selepas papan posternya bersaiz separuh badan manusia sedang memegang air mineral tular di media sosial.

Tidak lama kemudian, Nor Shafila ‘muncul’ sekali lagi dengan papan poster bersaiz badan penuh manusia mempromosikan bahan api Shell yang mempunyai Dynaflex. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Air MineralGADIS VIRALShell
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JPJ Perak Buka Tender ‘AKU’ Hingga 18 Julai

Next Post

Jangan Pilih Calon PRU Tidak Fasih Bahasa Melayu

Related Posts

Russia Henti Salur Bekalan Gas Kepada Shell

02/06/2022
0

BRUSSELS, BELGIUM – Tindakan firma tenaga dari Russia, Gazprom menamatkan penyaluran gas kepada gergasi minyak dan gas, Shell dijamin tidak...

Royalti Minyak 20 Peratus, Tidak Beri Kesan Pada SHELL

18/09/2018
0

KOTA KINABALU - Tuntutan sebanyak 20 peratus, jika dipenuhi, tidak akan memberi kesan kepada pelaburan SHELL di negara ini. Pengerusi...

Next Post

Jangan Pilih Calon PRU Tidak Fasih Bahasa Melayu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd