Monday, November 11, 2024

Creating liberating content

Nazri Aziz Positif Covid-19

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz...

AirAsia Tawar Diskaun Sehingga...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan kos rendah AirAsia menawarkan diskaun sehingga 70 peratus...

TPM Berbuka Puasa Bersama...

KUANTAN - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Sistem Tadbir Keluarga Islam...

KANGAR - Umat Islam di Malaysia amat bertuah kerana pentadbiran dan pengurusan hal...

Terserempak Keluarga Tidur Beralas Lengan

SEREMBAN – Tidur beralaskan lengan dan bubur nasi menjadi hidangan utama buat lapan beranak hidup dalam kedaifan di sebuah rumah di Kampung Baru Blok A, Ampangan, di sini.

Kehidupan bapa tunggal bersama tujuh anaknya berusia tujuh hingga 19 tahun di dalam rumah usang itu dilalui mereka sejak 10 tahun lalu tanpa mengharapkan belas ihsan dan bantuan orang ramai.

Bagaimanapun, kesukaran hidup mereka terbongkar susulan operasi dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), awal pagi semalam.

Difahamkan, operasi itu yang dijalankan untuk mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan itu membawa kepada penemuan keluarga terbabit kira-kira pukul 3.30 pagi semalam.

Ketua keluarga Majid Abul, 51, berkata, dia bersama tujuh anaknya yang sedang tidur dikejutkan dengan kehadiran anggota penguat kuasa JIM dan JHEAINS yang menyerbu rumahnya.

“Saya terkejut apabila dikejutkan anggota penguat kuasa imigresen sambil meminta saya menyerahkan MyKad.

“Mereka menyangka saya dan keluarga warga asing. Selepas melihat dokumen pengenalan diri, mereka berasa simpati dengan kehidupan kami,” katanya.

Katanya, anaknya masing-masing lima lelaki dan dua perempuan iaitu Maznah, 19, Aini, 17, Abdul Ghani Muhaimin, 15, Abdul Razak Al-Hasif, 13, Abdul Najib Azzabil, 12, Nabila Adibah, 9, dan Fahtulrahman Haziq, 7, tidak pernah merungut dengan kesusahan keluarga.


“Walaupun saya tiada wang beli lauk-pauk, mereka akan masak bubur dan makan bersama-sama.

“Hanya Aini yang masih bersekolah manakala enam lagi tidak bersekolah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi JIMNS, Qamal Azlan Zainuddin berkata, pihaknya menerima aduan kehadiran PATI di kawasan Ampangan dan melakukan pemeriksaan di beberapa rumah termasuk rumah dihuni Majid.

“Lelaki terbabit ada dokumen pengenalan diri manakala tujuh anaknya tiada dokumen. Berdasarkan keterangan, semua anak mempunyai sijil lahir dan akan dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Norhayati Omar berkata, keluarga terbabit ditempatkan di Kompleks Al-Sa’adah, Rahang, di sini, untuk sementara waktu. – myMetro Online

Kategori