• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Bulan Kepada Vivian-Khe Wei Tingkatkan Prestasi

oleh Ahmad Albab
01/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memberi tempoh tiga bulan kepada pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei untuk meningkatkan prestasi bagi meneruskan gandingan tersebut pada masa akan datang.

Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen berkata pasangan beregu berkenaan kini diberi sekali lagi peluang membuktikan kemampuan mereka pada Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur Ogos ini, selepas digugurkan daripada skuad ke Kejohanan Dunia di Glasgow.

“Kita akan menilai mereka dalam tempoh tiga bulan akan datang – Jun, Julai dan Ogos. Selepas itu kita akan tentukan apa yang perlu dilakukan terhadap (pasangan ini) pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Frost menjelaskan keputusan menggugurkan Vivian-Khe Wei daripada skuad Kejohanan Dunia dilbuat sebelum kejohanan Piala Sudirman 2017, dan bukan disebabkan hukuman terhadap mereka berikutan prestasi hambar di Gold Coast, Australia, minggu lepas.

Gandingan beregu wanita negara itu tumpas 7-21, 14-21 kepada juara Olimpik, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi di suku akhir, sekali gus menyaksikan Malaysia kalah 1-3 berdepan Jepun.

“Sudah tentu mereka lebih mahukan beraksi di Kejohanan Dunia, tetapi mereka juga tahu Sukan SEA adalah demi kepentingan negara dan berlangsung di Kuala Lumpur. Jadi, mereka memahami setiap pemain perlu memainkan peranan masing-masing,” katanya.

Untuk rekod, Vivian-Khe Wei yang kini berada di ranking ke-13 dunia, meraih pingat perak pada Sukan SEA 2015 di Singapura.

Frost berkata BAM akan membuka penyertaan kepada pemain negeri dan kelab untuk bersaing di Kejohanan Dunia ​​​sekiranya Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menawarkan lebih banyak penyertaan kepada Malaysia, jika pemain negara lain menarik diri daripada kejohan berkenaan.

“Jika Malaysia diberi lebih banyak penyertaan pada Kejohanan Dunia berikutan pemain negara lain menarik diri, kita akan panjangkan jemputan kepada pemain negeri serta kelab, dan mereka perlu menanggung sendiri perbelanjaan ke sana,” katanya.

Skuad Malaysia yang akan bersaing pada Kejohanan Dunia terdiri daripada Datuk Lee Chong Wei dan Zulfadli Zulkiffli dalam kategori perseorangan lelaki, Yap Rui Chen (perseorangan wanita), Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Low Juan Shen-Chooi Kah Ming (beregu lelaki) dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (beregu campuran).

Pasangan beregu wanita, Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen turut digugurkan bagi kejohanan berkenaan.

Sementara itu, Frost berkata beberapa perubahan akan dilakukan terhadap struktur kejurulatihan, dan keputusan mengenai perkara tersebut akan dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) minggu depan. – BERNAMA

Tags: badmintonVivian-Khe Wei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Olivia Newton John & Fenomena Grease

Next Post

Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

Next Post

Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd