• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zaman Mahathir Peguam Negara Tidak Boleh Siasat PM

oleh AK-47
28/05/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Zaman pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan Peguam Negara diberikan ruang untuk bertugas secara bebas dan menjalankan tanggungjawab dengan telus, bukan seperti zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao mendakwa, pada zaman pemerintahan Mahathir, semua undang-undang dalam negara di bawah kawalannya dan individu yang cuba mendedahkan apa jua salah laku Perdana Menteri akan menerima akibat.

“Mahathir akan terlepas begitu sahaja,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ramesh memberi contoh banyak dakwaan rasuah membabitkan Mahathir pernah dibangkitkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, terlalu banyak dakwaan rasuah melibatkan Mahathir dilontarkan Anwar, tetapi tiada sebarang siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa pada zaman tersebut.

“Dakwaan rasuah melibatkan Mahathir memang banyak tetapi biasanya semua akan terhenti sahaja tanpa ada siasatan seperti ditutup pentadbiran Mahathir pada masa itu.

“Anwar banyak menuduh Mahathir mempunyai ramai kroni dan memberikan projek kepada mereka sehingga menjadi kaya dan rakyat yang menjadi mangsa.

“Kita kenal cara Mahathir berpolitik, beliau tidak akan menjawab dakwaan atau tuduhan yang dibuat ke atasnya,” kata Ramesh.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau dilindungi Peguam Negara ketika itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakRamesh Rao
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Budak 4 Tahun Didera: Polis Didakwa ‘Lepas Tangan’?

Next Post

Kosmo! Kekal Akhbar Harian Melayu No.1 Pada 2016

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Kosmo! Kekal Akhbar Harian Melayu No.1 Pada 2016

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd