Friday, December 8, 2023

Creating liberating content

Penangguhan Bayaran Pinjaman LPPSA...

PUTRAJAYA - Cadangan penangguhan sementara bayaran balik pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor...

Pelabuhan Tok Bali Perlu...

PASIR PUTEH - Pelabuhan Perikanan Tok Bali di sini, berpotensi menjadi hab perikanan...

Ragbi Piala Agong: Hujan...

KUALA LUMPUR - Hujan membawa rahmat bagi juara bertahan Sabah mencipta kemenangan 16-15...

Sepasang Suami Isteri Antara...

MELAKA - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka menahan 30 individu termasuk sepasang suami...

Selamat Menyambut Ramadhan Guys!

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala (redha Allah) maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu (HR. Bukhari).

“Selamat meyambut Ramadhan guys! Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya.”

Itulah ucapan yang selalu kita dengar apabila Ramadhan menjelang. Terlalu kerap didengar hingga maksudnya sudah tiada nilai buat kita. Hingga Ramadhan kita menjadi sama seperti selalu.

“Jadi orang Islam ni bukan terletak pada raya saja. Jadi orang Islam, kita kena buat apa yang Islam suruh. Termasuk sekali puasa. Ini puasanya tak, raya pula yang terlebih.”

Tahu tak kenapa kita kena puasa? Sebab nak jinakkan nafsu. Sebab percaya atau tidak walaupun sudah dberitahu berjuta kali bahawa pada bulan Ramadhan syaitan akan dibelenggu tetapi kebanyakan kita tetap melakukan perkara-perkara yang dilarang. Dan ini disebabkan nafsu.

Sebagai manusia yang mempunyai nafsu, kita sentiasa perlu menjaga nafsu kita dalam apa jua keadaan. Antara amalnya berpuasa. Tahu apa maksud puasa?

Puasa adalah menahan diri daripada makan, minum dan melakukan apa-apa perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Puasa ni ada dua peringkat. Pertama: Menahan diri dari makan dan minum. Kedua: Menahan mata, telinga, mulut, dan segala pancaindera jangan berbuat apa-apa yang membatalkan puasa.


Kalau setakat menahan diri dari makan dan minum, semua orang boleh berpuasa. Tetapi objektif puasa tidak tercapai.

Puasa bertujuan mendidik nafsu supaya tidak liar. Tetapi apa yang terjadi, nafsu semakin meliar dalam diri kita apabila kita berpuasa.

Apabila berkumandang azan Maghrib, memang tak tengok kiri kanan, makan sehabis boleh. Sudah tidak ada istilah bersederhana.

Akhirnya, objektif puasa tidak dicapai, dan dosa membazir pula yang diraih. Puasa entah ke mana, nafsu entah ke mana.

Itu baru bab berbuka puasa, bab perkara lain yang berlaku sepanjang sehari kita berpuasa bagaimana pula?

#laskarmalaya

Kategori