• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN DAP Tidak Puas Hati Isu ‘Money Game’

oleh Ahmad Albab
23/05/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Wakil rakyat DAP melahirkan rasa tidak puas hati pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini terhadap kegagalan kerajaan negeri dalam memberikan penjelasan berhubung isu syarikat pelaburan berasaskan perdagangan mata wang di negeri ini.

Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) mempersoal mengapa isu itu dijawab oleh Pengerusi Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Danny Law Heng Kiang sedangkan isu berkenaan seharusnya dijawab oleh exco yang bertanggungjawab di bawah ekonomi iaitu Ketua Menteri Lim Guan Eng.

“Isu ‘money game’ ini seharusnya terlibat dengan kewangan, ekonomi dan sosial, tetapi dijawab oleh exco pelancongan. Jelaslah saya kata maklum balas tak akan diberi dengan jelas kalau melalui platform yang tidak betul. Saya harap juga isu ini boleh dijawab kerana kita nak tahu demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Law menjawab soalan mengenai senarai syarikat berasaskan pelaburan itu yang berpangkalan di negeri ini.

Isu pelaburan perdagangan mata wang asing membabitkan skim JJ Poor To Rich (JJPTR) mendapat perhatian meluas selepas kira-kira 400,000 mangsa termasuk 100,000 warga asing dikesan terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan itu yang mengaut keuntungan mencecah RM1.7 bilion.

Pada 12 Mei lalu, satu serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan polis Pulau Pinang bersama pasukan siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA), Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET), Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Cyber Security Malaysia di lapan lokasi sekitar Pulau Pinang.

Kesemua lapan lokasi itu yang terdiri daripada beberapa pejabat dan unit kediaman, dipercayai digunakan sebagai pejabat operasi sindiket terbabit.

Seramai 19 individu terdiri daripada 15 pekerja dan empat pelabur berusia dalam lingkungan 23 hingga 40 tahun turut ditahan.

Teh berkata ketika ini terdapat sebanyak 302 syarikat yang telah disenarai hitam kerana terlibat dalam perdagangan pelaburan itu dan beliau turut meminta kerajaan negeri menyatakan tindakan yang akan diambil supaya tidak terbabit dengan pelaburan bersama syarikat-syarikat itu.

Menjawab soalan itu, Law berkata isu itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat dan beliau menasihati mana-mana pihak yang mengetahui mengenai aktiviti itu supaya segera membuat laporan polis.

Sementara itu, Speaker Datuk Law Choo Kiang berkata mengikut peraturan DUN Pulau Pinang, exco berkenaan boleh menjawab soalan di luar bidang kuasanya setelah mendapat kebenaran ketua menteri. – BERNAMA

Tags: adunDAP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Alat Komunikasi Rosak, Minyak Habis Punca Terputus

Next Post

Pemburu Haiwan Liar Mati Dihempap Gajah Betina

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

Next Post

Pemburu Haiwan Liar Mati Dihempap Gajah Betina

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd