• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Sindiket Dadah ‘Kopi 3 Dalam 1’

oleh
13/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis patahkan sindiket penjualan dadah menggunakan bungkusan serbuk kopi 3 dalam 1 yang dianggarkan bernilai RM97,000, dalam satu serbuan di Taman Maluri, Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur ACP Guan Beng Kang berkata dalam operasi khas pukul 2 pagi itu polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun.

Hasil siasatan suspek pertama telah membawa polis ke sebuah apartmen dan menahan seorang lagi suspek lelaki tempatan dan tiga wanita, dua daripadanya warga Vietnam.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas beg silang yang dipakai suspek pertama itu, polis merampas antara lain dua paket lutsinar disyaki mengandungi syabu 16.48 gram, dan empat batang anak kunci rumah.

“Polis juga merampas serbuk ekstasi 1,259 gram, 41 kapsul serbuk ekstasi, 187 pil ekstasi, satu paket plastik disyaki syabu, satu paket lutsinar disyaki ketamin, 10 pil erimin 5 dan satu paket plastik lutsinar dadah jenis ganja hasil pemeriksaan di apartmen yang diserbu .

“Modus operandi sindiket ini ialah menumbuk dadah jenis ekstasi menggunakan lesung batu dan memasukkan serbuk itu ke dalam pek kopi 3 dalam 1 dan dijual dengan harga RM200 hingga RM300 di pusat-pusat hiburan di seluruh ibu negara,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.

Guan berkata pihak JSJN turut merampas sepucuk pistol angin jenama Desert Eagle 50 AE, satu lesung batu, tiga perkakas aluminium besi, satu sudu besi, alat penimbang, satu ‘sealer’ dan tiga bilah pedang samurai.

Selain itu, JSJN turut merampas wang tunai dan harta milik suspek yang dianggarkan bernilai RM90,000, katanya.

Beliau berkata kesemua suspek kini ditahan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama tujuh hari bermula 10 Mac dan kes disiasat dibawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampi mati jika disabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Sindiket Dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

12 Penguat Kuasa Agensi Lindungi Pusat Urut Ditahan

Next Post

Dakwa Bayi Mati Sebab Nurse Cuai, Ini Jawapannya…

Related Posts

Sindiket Dadah Di Kelantan Berselindung Di Sebalik Perniagaan

Sindiket Dadah Di Kelantan Berselindung Di Sebalik Perniagaan

21/08/2024
0

Kota Bharu : Sindiket dadah di Kelantan dikesan berselindung di sebalik perniagaan bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak polis. IKUTI...

6 Suspek Ahli Sindiket Dadah Dicekup

6 Suspek Ahli Sindiket Dadah Dicekup

03/03/2023
0

Petaling Jaya : Enam lelaki disyaki ahli sindiket mengedar dadah ditahan bersama 4.92 kilogram (kg) ganja dalam dua serbuan di...

Next Post

Dakwa Bayi Mati Sebab Nurse Cuai, Ini Jawapannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd