• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Perak ‘Spot Check’ Tandas Awam Kotor Di Ipoh

oleh
01/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sekali lagi meneruskan siri lawatan secara mengejut dan kali ini, tandas awam medan selera terkenal di sini menjadi sasaran.

Dalam tinjauan sekitar pukul 5 petang itu, beliau turut disertai Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man untuk meninjau keadaan sebenar kawasan tumpuan penduduk di sekitar Ipoh itu, khususnya pada waktu malam.

Sesi lawatan itu bermula di Medan Selera Taman Kanak-Kanak (TKK) sehinggalah ke deretan Gerbang Malam di Jalan Datuk Tahwil Azar yang menyaksikan Menteri Besar memberi beberapa komen untuk penambahbaikan.

Antara perkara yang menarik perhatian beliau ialah tahap kebersihan tandas awam di TKK apabila kini kelihatan agak uzur, begitu usang dan tidak terurus sehingga mencetuskan rungutan daripada ramai pengunjung sendiri.

Dr. Zambry berkata, lokasi tumpuan warga Ipoh yang dibina sejak tahun 1970-an itu dilihat memang terbiar dan suram berikutan kerja-kerja pembangunan yang dilakukan, namun ia tidak sepatutnya menjadi alasan.

“Saya dapat pelbagai maklum balas orang awam mengenai keadaan TKK ini dan memang dapati saliran longkang di kawasan perniagaan ini tidak sistematik, berbau busuk mungkin kerana tidak lancar dan ini perlu diuruskan.

“Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga beri komitmen untuk lihat tandas awam sedia ada kerana pada saya, jika kita ingin menaikkan Ipoh sebagai bandar raya bersih, maka tandas itu tidak bertepatan dengan piawaian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau gerai-gerai dan laluan pejalan kaki sekitar Gerbang Malam yang dinaik taraf dan situasi longkang di bahagian belakang gerai perniagaan Medan Selera TKK pada petang Selasa.

Dr. Zambry juga sempat meluangkan masa berbual mesra dengan para peniaga gerai mengenai masalah yang dihadapi mereka selama ini di samping berpeluang menikmati beberapa menu dijual di Medan Selera TKK itu.

Menurut beliau, medan selera itu sebenarnya satu lokasi tumpuan yang wajar dibangunkan apatah lagi lokasinya di pusat bandar raya Ipoh yang sering menjadi tumpuan warga kota kerana harga makanannya murah dan sedap.

Portal tempatan melaporkan, beliau turut mahu pihak MBI mengambil tindakan untuk memastikan pokok-pokok yang merimbun di sekitar kawasan tumpuan ramai berkenaan dijaga dan ditatarias dari segi pencahayaan.

“Saya ingin lihat pokok-pokok ini dijaga, kerana ia sudah matang, maka sekiranya lokasi TKK ini dinaik taraf, maka orang ramai boleh berkunjung ke sini pada waktu siang dan kemudian Gerbang Malam pula sebelah petangnya.

“Saya malah cukup yakin, sekiranya semua usaha ini dilaksanakan, maka unsur-unsur jenayah akan dapat dihindarkan kerana ianya akan menjadi lokasi tumpuan utama dan pilihan orang ramai,” ujarnya lagi.

Beliau turut menasihati 164 peniaga dari Persatuan Penjaja Gerbang Malam untuk sentiasa memastikan tahap kebersihan Gerbang Malam dan jangan hanya bergantung kepada MBI kerana ia adalah tanggungjawab bersama.

Dalam pada itu, Dr. Zambry memuji tindakan Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjung Malim, Mohd. Syukri Azaari mengikuti jejak langkahnya ‘turun padang’ mengutip sampah bagi menyelami keadaan sebenar kawasan berkenaan

“Budaya ini perlu kerana hanya melalui turun padang kita dapat dekati mereka yang bertungkus lumus kerja bersih bandar kita sejak awal pagi dan tahu masalah sebenar untuk diperbaiki,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rambut Bayi Perempuan Ini Perlu 150 Minit Untuk Diurus

Next Post

Samsung Galaxy S8 Akan Diperkenalkan 29 Mac Ini!

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

Next Post

Samsung Galaxy S8 Akan Diperkenalkan 29 Mac Ini!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd